Nuffnang Gadget

July 11, 2016

e-Card Raya Dari Kak Alycia ;)


Assalammualaikum...
Kak Alycia harini last kerja, start cuti dari esok 2/7 hingga 11/7...
walaupun kampung Kak Alycia dokek tapi akak tetap nak cuti seminggu jugak...

Dikesempatan ini Kak Alycia nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin jika ada silap dan salah...
Bagi yang dah mula balik ke kampung tu drive carefully...
semoga selamat sampai ke destinasi...

Selamat Menyambut Lebaran...
Semoga Syawal ini mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita...
dan yang penting elakkan pembaziran yer..

p/s : Mood nak kerja dah takde dah ni ...

Notakak Alycia : untuk sahabat blogger, sudilah terima e-kad ini ;)




June 29, 2016

Menu Iftar Ramadan...

memula dulu macam rajin lah kan nak buat entry hari-hari untuk menu Iftar Ramadan...
tapi dah masuk minggu ke-2 dah malas...
kita rangkumkan lah semua sekali dalam 1 minggu yer adik-adik...


ok menu yang ni Kak Alycia beli jerkat cafe sebelah opis...
tak taulah kenapa haritu macam malas nak masak...
Kak Alycia beli ikan patin tempoyak, gulai udang dan pucuk paku, bubur pulut hitam (takde dalam gambar) dan kuih seri ayu tu...
Total RM 12...
worth or not...
Kak Alycia rasa macam murah jer sebab dapat 4 macam benda boleh makan...

pastu en Ajip tambah lagi beli roti john dan sata 3 ketui kat Bazaar...
kat rumah Kak Alycia tambah telor dadar dan bawal goreng utk budak-budak...


masak lemak putih fucuk dan carrot...
ni Abang Adam lah ni yang cakap lama tak makan mihun masak putih...
dia kata suun tu mihun...


bila dah masak lemak putih, kena lawan dengan benda-benda yang bersambal...
teringat nak masak sambal sotong campur petai...


bosan pulak hari-hari makan nasik...
tanya kat Abang Adam harini kita makan mee goreng nak...
nasib abang Adam ok...
masak mee goreng pastu goreng nugget...
misi nak kosongkan petiais nak balik cuti raya...


hari Isnin tu en Ajip ada buka puasa kat opis...
tak tau nak masak apa, terus nampak sardin kat kedai...
ambik jerlah sardin buat sambal sardin, pastu kacang buncis dan lobak putih goreng balck peper dan telor hancur untuk budak-budak...

semalam dah tapaw kat Dapur Penyet...
harini tak tau nak makan apa...
eh, korang dah start gantung periuk ke ni hehe...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com