Nuffnang Gadget

June 5, 2007

Siannya..

Dapat mesej ni melalui e-mail :



baby Qistina..


Mohon sumbangan ikhlas untuk surgeri kanser hati Nuur Qistina Hayani Binti Nazrol Hafiz. Baby yang berusia 6 bulan ini disahkan mengidap Hepatoblastoma - sejenis kanser hati untuk kanak-kanak yang jarang berlaku. Jumlah keseluruhan kos rawatan dan surgeri berjumlah lebih RM100 ribu perlu dijelaskan dalam tempoh 2 bulan ini memerlukan kami untuk memohon sumbangan ikhlas tuan/puan. Sumbangan boleh diberikan ke akaun
Maybank Nazrol Hafiz - No Akaun 154017298056.
Sumbangan anda amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih. Sila forwardkan message ini kepada kawan-kawan. Terima kasih.Juga untuk pengetahuan anda, Qistina telah menjadi kimoterapi yang pertama pada Sabtu, 5 May 2007; dan akan menjalani tiga(3) lagi kimo ini sebelum surgeri dilaksanakan. Cuba bayangkan, anak sekecil ini perlu menghadapi rawatan kimo...tatkala anak2 kita riang bergembira bermain dengan pelbagai ragam, padahal Qistina hanya mampu terlantar di katil hospital.Dengan ini, saya dengan rendah diri meminta jasa baik kalian semua, paling kecil, tolong doakan Qistina sembuh seperti sediakala, dapat membesar dengan aktif dan sihat, seperti anak-anak kita. Amiin ya Rabbal A'lamiin.
-------------------------------------------------------------
comelnyer baby Qistina... aku kan suka tengok gambar2 baby nie.... tak sangka dalam wajah yang comel ni Qistina ada penyakit... sedih ar... buat sesiapa yang tengok blog nie... meh lah kita sama2 bantu baby Qistina.. kalau tak dapat hulur sumbangan pun, kita doakan semoga Allah sembuhkan penyakit baby Qistina.. Amin...

0 yang komen:

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com