Nuffnang Gadget

October 17, 2007

1 Hari Di Hari Raya....

Raya Pertama (13/10/2007)

hari ni aku bangun pukul 6.00 pagi... mlm tadi pun tido lewat sikit sebab kemas2 lepas acara takbir tu, aku tido dlm pukul 1.00 lebih... tu pun campur dgn tengok tv sikit.... bangun tido jer terus aku gie ampai kain di ampaian, sib baik mlm tadi dah siap basuh + spin kain.. xdelah pagi ni kelam-kabut... lepas tu pergi dapur, masak air, sediakan hidangan utk sarapan pagi...

tahun nie kitaorang kat rumah beraya 4 orang.... raya ke 3 tanpa ayah yang dah menyahut panggilan Ilahi... dan raya pertama tanpa adik aku yang dah berkahwin dan beraya di rumah mertua.... rasa sayu lah jugak... sebab biasanya kitaorang 4 beradik adik kat rumah, tp la ni dah tinggal 3 jer.. tahun depan aku pulak yg dah kawin.. tinggal adik aku berdua tu pulak....

pagie2 lagi kitaorang dah pakai baju raya... tahun ni tema MERAH + HITAM.... ha, korang jangan jeles tengok kitaorang sedondon pagi raya nie..... acara pertama mcm biasa bersalam-salaman di pagie raya... lepas tu mak aku pergi surau utk semayang raya dengan adik aku.. aku tak dapat semayang raya tahun ni sebab 'cuti' hehe.. rugilah pulak rasanya....

acara seterusnya aku ke kubur untuk menziarahi pusara arwah ayah, arwah atok, arwah nenek dan arwah pak tih aku... biasa kalau kat tempat aku lepas sembahyang raya, diaorg terus pergi ke kubur utk buat tahlil... so ramailah orang kat kubur.... dan seperti biasa family 'INOH' merangkap panggilan glamor utk arwah atok aku lah yang paling ramai kat sini... kitaorang pergi ramai2... dr jauh org dah kenal... campur makcik-makcik aku, pakcik-pakcik aku & sepupu sepapat aku.... memang happening... nnt aku tepekkan gambar ahli keluarga besar sebelah arwah ayah aku nie...

ingatkan lepas balik dari kubur nak cepat2 balik ke rumah, sebab nak telefon si dia nak mintak ampun.. tp adik aku cakap pak uda sefamily (adik mak aku) dah sampai nak beraya.. aisehhhh, xdapat nak call... xpe, kejap lagilah.... sambil layan family pakuda aku, adik aku & hubby dia sampai pulak.... lepas tu, kitaorang pakat pulak beraya rumah arwah atok aku.. (biasanya kalau setiap pagi raya kitaorang akan berkumpul kat sini dulu utk raya + acara bersalam-salaman, tp tahun nie atok aku dah takde, so kitaorang beraya rumah family masing2 dulu, lepas dari kubur baru raya kat sini...)

lepas rumah atok terus jer pergi rumah nenek angah (adik arwah nenek) dan rumah pak lang aku... lepas tu terus rumah nek yam (adik arwah atok)... tengok2 jam dah dekat pukul 2.00 ptg.. mak aiii, lamanya aku beraya.. terus aku balik ke rumah kata sakit perut.. tp aku sebenarnya nak call si dia.. rs bersalah sgt sebab tak dapat cakap dgn papa lagie... balik2 rumah ambik telefon tgk ada 4 mis call.. alahai, lagi lah rs bersalah.. terus call ucap selamat hari raya.. mintak maaf banyak2 segala salah dan silap dr kita kenal smpai dah tunang pun.... sorry yer pa, ma lambat wish hari raya tahun nie....


alahai, dah tak tau nak citer ape lagi dah...
tengok jerlah gambar2 nie....

layannnnnnnnnnnn...

mula-mula kena lah gambar tuan blok dulu kan hihi....

aku with mama....

aku with adik bongsu... dia kata orang selalu ckp dia kakak sbb dia besar hehe.. best best bestt

adik lelaki aku (no.3) with mama....


nilah kitaorang berempat (aku, mama, alang, adik)

ni adik aku yang no. 2 with hubby...

my faimly.......

--------------------------------------------------------------------------

ok, tadi aku ada cakap pasal family besar arwah ayah aku kan.. so, korang saksikan ajer gambar2 nie... ni cuma sebahagian ajer.. kalau kumpulkan smua, nampak mcm buat kenduri besar ajer....





3 yang komen:

viruspadu said...

amboi merahnya mak ngah hehehehe
zura wat open the house x? kalu wat jemput2 la kiter key

~~@lyci@~~ said...

merah barulah meriah... kasi up sikit hehe.. Insya Allah, xtau lagi bila...

ghimau said...

selamat hari raya, maaf zahir batin :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com