Nuffnang Gadget

April 14, 2008

My Hero...!!

alkisahnya...
semalam masa kitaorang baru balik dari rumah MIL.. masa tu pukul 7.00 malam.. hujan pulak renyai-renyai.... nak sampai dekat Bukit Mantin tu tetiba ajer en ajip kata, "ma, tengok kereta depan tu"... aku pulak pandang ajerlah kereta depan arah bertentangan tu.... tengok biasa ajer... kereta Iswara putih...tapi bila nak dekat dia terus melencong ke arah kitaorang... nasib baik en ajip sempat break dan elak ke tepi.. aku pandang kat belakang aku tengok kereta tu dah terbalik masuk dalam semak.. aku cakap kat hubby aku, "papa, accident pa.." then kitaorang pusingkan kereta nak tengok kereta tu...

sampai-sampai kat situ aku tengok mangsa dah keluar dari kereta.. ada dua orang lelaki cina... pastu diaorang nak keluarkan mangsa lagi sorang, pompuan melayu.... en ajip terus berlari keluar tolong keluarkan.. aku pulak duduk dalam kereta.. tak berani nak keluar.. lepas aku tengok diaorang dah keluarkan mangsa, baru aku keluar tengok....

kesian pompuan tu... dia dalam ketakutan.. menggigil badan dia.. pastu badan, tangan, kaki dia smua tak boleh bergerak... confirm patah.. nasib baik takde darah-darah, kalau berdarah confirm aku masuk dalam kereta balik.. eiiii, ngeri nak tengok... masa tu en ajip tolong pangku kepala mangsa.. pastu mintak tolong aku ambikkan air kat dalam kereta... pastu mintak aku tolong ambikkan towel dalam kereta... (pompuan ni pakai skirt pendek... mestilah bila dah terbaring mcm tu seksi gila... time tu pulak ramai lak lelaki yg kerumun.. aku jer pompuan sorang kat situ... nasib baik en ajip dah kawin, kalau tak dia pun tengok2 free ajer lah tu haha...).. ok, sambung balik... ada sorang Indian boy ni pulak tolong telefon ambulans.. mula-mula decide nak angkat ajer masuk kereta kitaorang hantar gie hospital, tapi diaorang tak bagi sebab takut bila dah patah mcm tu, kalau angkat takut ada efect lain pulak... so, tunggu ajerlah ambulan sampai... sambil2 tunggu ambulans tu, en ajip layan mangsa borak-borak jangan bagi tido... masa tu terserlah tahap belas kasihan en ajip (ni kalau en ajip baca mesti bangga ni... papa, ma tau pa memang mercy lebih pun... tapi kat ma lagi lebih kan pa kan hehe..)

sambil tunggu ambulans sampai, mangsa lelaki 2 orang tu takda apa-apa pun.. dia tengah sibuk2 uruskan kereta dia dengan longkai (aku rasa masa ni longkai tu memang kaya kot.. kebetulan masa tu ada accident kat depan.. memang rezeki dialah..)... adalah dekat 1/2 jam tunggu ambulans, at last decide bawak ajer ke hospital... ramai-ramai angkat pompuan tu masuk kat dalam kereta kitaorang.. pompuan tu pun dah pengsan dah.. agaknya dah sakit sangat kot... bila dah angkat masuk kereta, barulah ambulan JPA3 sampai.. so diaoranglah tolong angkat balik mangsa dari kereta ke dalam ambulans pulak...

lepas tu terus kitaorang balik rumah... aku ngan hubby aku memang bersyukur sangat sebab kitaorang tak apa-apa.. sempat mengelak dari kereta tu.. yelah, kereta en ajip ni kan baru ajer keluar workshop lepas accident.. aku pulak memang tak dapat lupakan peristiwa tu.. sampai-sampai tak boleh tido lagi, asyik termimpi-mimpi accident ajer... anyway, PAPA U Are My Hero..!! luv u babehhh...

moral of the story :

1. Beringat-ingat time bawak kereta... aku ingat kat diri aku sendiri.. dan kat hubby aku jugak... yelah, hubby aku ni bawak kereta boleh tahan jugak lajunya... papa, kalau pa nak bawak laju-laju tu bayangkan lah wajah orang yg tersayang... muka ma, muka parent pa, family pa smua....

2. Sentiasa berdoa bila nak start drive... semoga Allah lindungi perjalanan kita.. ingat doa yang ma selalu baca tu "Rabbi Yasir Wala Tuasir Ya Karim..."

3. nasib baik kat malaysia ni sifat tolong-menolong masih tinggi lagi.. tak kira kaum... time-time accident macam tu, walau pun tak kenal masih gak ada orang yang tolong... aku bayangkan kalau akulah yang kena time tu, pastu takda sapa-sapa yang tolong.. mau aku meraung kat situ.... itu kalau boleh meraung.. kalau mati katak takda sapa pun yang tau waaaaaaaaaaaaaa.....

----------------------------------------------------------------------------------


sebenarnya entry ni aku dah tulis.. tetiba aku lak Internet down masa nak save.. ingatkan dah Auto-save.. sekali aku bukak balik takde pun.. waaaaaaa, tension.. terpaksa aku tulis balik.... kalau cerita ni tak berapa best korang buat tak kisah ajer lah.. sebab mood dah takda lak nak tulis balik buat best2 mcm entry 1st tadi haha....

p/s : tak sempat nak ambik gambar.. 1st cuaca gelap, aku sempat snap 1 dari kereta tapi gelap tak nampak apa pun.. then tak sampai hati nak ambik.. yelah, time tu kan orang tengah sakit-sakit, aku pulak sibuk2 nak ambik gambar.. kalau ikutkan hati nak jugak abadikan kenangan en ajip jadi hero ni.. takpelah papa, ma jadi saksi.. u are my hero tomorrow, forever and ever hehe..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com