Nuffnang Gadget

April 10, 2008

Tahniah Tok Pa...


pagi ni kami di MOA ada perhimpunan bulanan dan perjumpaan dengan menteri kami yang baru iaitu Tok Pa (Mustapha Mohamed)... memang penuh dan meriah betul dewan tadi sebab masing-masing warga kementerian tak kiralah dari jabatan dan agensi datang nak dengar ucapan dan amanat pertama dari menteri ni.... sekarang ni perasan sangat, setiap kali event mesti buat hari khamis... sebabnya sekarang hari khamis kan kakitangan awam diwajibkan pakai batik... aku lak harini selamba ajer tak pakai.. malam tadi malas nak gosok + mengantuk hehe... ok, stop . Tak mo iklan lebeh-lebih hehe....

yang bestnya tentang Tok Pa ni dia very friendly... cakap pun takdelah straigtt sgt... ada jugaklah melawak-lawak.. lagi pun TokPa dah ada pengalaman dalam government ni sebab dia pernah jadi PTD sebelum menamatkan jawatannya untuk aktif dalam politik... dan perlantikan Tok pa sebagai Menteri Pertanian adalah bertepatan sekali dengan background beliau yang datang dari kawasan pertani, iaitu Jeli...

so, ucapan untuk TokPa.. tahniah dan semoga TokPa dapat merealisasikan segala projek-projek pertanian yang telah dirangka sebelum ini.

"Pertanian Adalah Perniagaan"

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com