Nuffnang Gadget

May 6, 2008

Cuti-cuti Malaysia....

minggu lepas sempena Hari Pekerja, aku telah bercuti selama 4 hari dari hari Khamis sampai Ahad... dan kami telah mengisytiharkan cuti itu sebagai Cuti-Cuti Malaysia hehe..
rancangan asalnya adalah seperti berikut :
1. Khamis - balik kampung di Kuala Pilah
2. Jumaat - petang bertolak ke Melaka, sewa chalet kat Pangkalan Balak
3. Sabtu - pergi majlis kahwin Ejit (classmate en ajip).. pastu tido lagi kat Pangkalan Balak
4. Ahad - balik ke Seremban. Singgah majlis kahwin Shah, then balik rumah

tapi, akhirnya yang unplan jadi macam ni :

1. Khamis - balik kampung di Kuala Pilah

2. Jumaat - still kat kampung jugak sebabnya syok duk kat sana.. aku bila time balik kampung ajer, terus plan diet aku hilang sebabnya mak mertua masak sedap woooo .. pastu petang en ajip bawak round keliling kampung.. malam pulak pergi pasar malam kat Pekan KP.. merempit berdua.. teringin nak jadi awek rempit yang naik motor nampak underware kat belakang tu.. sambil naik motor tu boleh tanya kat en ajip mcm mana nak dress up... bontot kena lentik ke tak haha.... tapi part turun moto masih fail lagi nak jadi awek rempit wakaka...

3. Sabtu - pukul 10.30 pagi bertolak ke Jasin, Melaka.. terus pergi rumah ejit... petangnya ramai-ramai buat rombongan Cik Kiah gie Zoo Melaka (part yang ni nanti citer next entry).... malam baru bertolak ke Pangkalan Balik.. sampai dalam pukul 8.30 mlm, round carik chalet tapi banyak yang penuh sebab weekend... nasib baik ada chalet yang kosong... (ni pun nanti citer next entry)..

4. Ahad - bangun pagi beb, tapi tak dapat tengok matahari terbit lah... terus gie joging kat tepi pantai.. pastu sarapan pagie.. pastu gie mandi laut lak... tengahari balik, singgah majlis kahwin Shah kat Dewan MPS... balik gie Jusco S2 tengok wayang... petang baru balik rumah.. pastu dua-dua terjongkang haha....

3 yang komen:

viruspadu said...

percutian yang memenatkan yer

tp syiokkk kan..

Anonymous said...

uih..
byk tol program kn..
wakkaka..

jln2 tu mmg syiok..
cuti2 malaysia..

xpuas ati lg lepak pantai..
xpuas sbb xdpt usha awek chalet sebelah..
walaupun dorang dh tegur..
wakakaka...
next month gi lg..
hahahha..

suma benda unplan..
yg plan awl2..
suma xjd..
wakakakka..

xpe..jnji syiok...


~aku yg suke merayau~

~~@lyci@~~ said...

aunty virus
hmmm, penat tapi syiokkkkkk...

papa
teringat time kena tunjuk surat nikah masa nak book chalet haha...

~tak puas manja2 kat sana haha~

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com