Nuffnang Gadget

June 12, 2008

Gaji 2x Sebulan...

Tadi aku baca Kosmo..
Kerajaan nak bayar gaji kakitangan awam 2 kali sebulan...

PUTRAJAYA – Gaji kakitangan kerajaan akan dibayar dua kali dalam sebulan mulai Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Beliau berkata, langkah itu adalah bagi memudahkan mereka mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga bahan api.

“Separuh pertama akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan.

“Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Ditanya sama ada sektor swasta turut berbuat demikian, Abdullah berkata: “Saya menganggap ini adalah satu pendekatan yang baik kerana ia membantu pekerja-pekerja kita untuk menguruskan aliran tunai isi rumah. Ini adalah penting.” – Bernama

nampaknya lepas ni kena plan bajet balik lah... bila nak bayar hutang-hutang... bila duit saving...

any komen?????

5 yang komen:

Faizah_Haris said...

feninnn feninnnnn....waaaaa...waaaa....kene pk strategi nihhh

chot said...

best la gaji sebulan 2 kali..tgh bulan pun bole shopping ...hehehe

© EM Muhammad said...

Alycia... salam.
Kalau tak silap akak, Maybank dah lama buat sistem tu. Okay juga sebab selalu sangat kita tak cukup duit di tengah bulan. Kat Oz, memang dia orang pakai sistem tu. Kerja gomen ke swasta, semua dapat gaji setiap dua minggu. Kalau dulu kita hidup by month, sekarang hidup by a fortnight la pula. Rasa lebih mudah. Itu pendapat akaklah. Sihat ke yang?

shaifulsafar said...

mungkin ada baiknya....bila kita dah terbiasa gaji sebulan skali....agak janggal la bila nak buat cam tu....tapi bagi yang dah biasa...tak menjadi masalah...

p/s: kadangkala kita boleh mengubah dan berubah dalam keadaan yang terpaksa...sama ada perubahan kepada yang baik atau yang lebih teruk...kita yang tentukan...

Norsya said...

for me, Pak Lah wat gitu sebab dia x nk rakyat ungkit pasal kenaikan gj thats y wat gitu..ingat bg employee 2 bulan sekali kita semua x bersungut..isu kenaikan gj x kan timbul lg

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com