Nuffnang Gadget

June 6, 2008

Minyak Naik Lagi...

sejak kerajaan umumkan kenaikan harga minyak ni, otak aku terus jam.... aduhhh....

masa ni aku berada di Kuala Terengganu.. ada kursus kat sana.... time ni aku bersama 4 orang kawan borak-borak dalam kereta berkenaan kenaikan harga minyak ni.. (masa ni tak confirm lagi, waktu petang..)... aku terus dapat msg dari adik aku kata nak isi minyak tak?? esok minyak dah naik.... ohhh, rupa2nya betullah harga minyak naik.... patutlah aku tengok stesen minyak kat bandar Kuala Terengganu ni penuh....

aku congak-congak dalam kepala...

sebagai kakitangan awam, aku ulang-alik dari Mantin ke Putrajaya (sebab duk rumah mak aku)... dengan kereta Kancil, kos minyak sebulan RM 300.00 (kiraan kasar, tak campur lagi yg gie jalan-jalan..).. bila harga minyak naik RM 2.70, bajet aku utk minyak sebulan jadi RM 450.00.. hanya RM 450 utk duit minyak... lebih baik aku naik bas... tak sampai pun RM 200.00 pun..

malam tu aku telefon hubby aku, cakap minyak dah naik..
dia pun mengeluh jugak sebab dia pun drive jugak.. berulang dari Mantin ke Seremban... dengan kereta Gen2, aku rasa bajet lebih kurang sama mcm aku... kalau campur dua-dua RM 900 sebulan utk duit minyak ajer... huhu, sabar ajer lah...

hmmm, apalah nasib kita sebagai rakyat jelata ni kan...
sepatutnya pemimpin yang ada sekarang kenalah fikirkan cara nak mengatasi masalah rakyat..
bukan menambahkan masalah kepada rakyat...
ni nasib baik aku dan hubby bekerja.... bolehlah kami survive...
cuba bayangkan orang-orang kampung yang susah... yang mata pencarian mereka hanya berkebun.. dengan anak-anak yang bersekolah.. macam manalah diaorang nak hidup.... nak makan ubi kayu??? dah lah harga beras dah naik.... fikirlah wahai PEMIMPIN sekalian.....

~ aku yang tetiba lak aku emo arini .. sebab baca dalam mana-mana blog pun ramai gak yang tak puas hati ~

1. Chot
2. Ashab

p/s : start minggu depan aku gie kerja nak naik bas haha...

0 yang komen:

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com