Nuffnang Gadget

June 19, 2008

Setiap Yang Berlaku Ada HikmahNya...

semalam masa aku dok sorang-sorang lepas makan tengahari, sempat gak lah bermuhasabah diri kejap.... yelah, sekarang ni kan kita menghadapi macam-macam masalah, dengan harga minyak yg naiklah, harga barang naik, kos hidup yang tinggi.. benda-benda ni smua kita tak boleh nak elak..

pagi tadi pun masa perhimpunan bulanan dengan menteri pun, Tok Pa dah cakap dah kita memang tak boleh nak elak.. dulu kalau gaji RM 2000, 1500 kita belanja balance 500 boleh simpan.. tapi sekarang terpaksa belanja 1750, hanya 250 ajer dapat simpan... suka sgt dengar ceramah Tok Pa.. dia suka bercerita pasal situasi semasa.. bercakap memang tak baca teks pun... lebih informal...

menurut Tok Pa, kenaikan minyak memang kita tak boleh nak elak.. tapi kita boleh berjimat dengan cara elak kan pembaziran pada makanan... fakta yang diceritakan, penduduk Malaysia yang tinggal di bandar, sebanyak 20% makanan dibazirkan... contohnya, beli banyak-banyak kat pasar malam, lepas tu tak habis.. tu dah membazir... lagi satu bila makan letak nasik penuh-penuh, lepas tu tak habis, ha tu pun kira membazir jugak....

ok, cerita pasal aku lak...
pasal kenaikan harga minyak, barang naik, kos hidup tinggi... banyak perubahan yang telah aku buat... lagi-lagi bulan ni aku and hubby memang sempit sikit... so, kami terpaksa mengambil beberapa langkah :

1. Kami ada 2 kereta... so, hanya 1 kereta ajer yg jalan.. kalau hubby drive, aku naik bas.. kalau aku drive, hubby naik komuter... so, kat sini kami dah dapat jimat duit minyak... lepas tu lebih rapat hubungan sebab pergi dan balik kerja sama-sama...

2. Aku bercadang mulai bulan depan aku naik bas... pas bulanan untuk bas baru RM 170. Kalau aku drive, dulu sebelum harga minyak naik aku bajet RM 300. sekarang kira-kira RM 470... so, kat situ dah bole jimat.. cuma sesekali ada hal ajer bwk kereta...

3. Sekarang aku dah rajin bawak bekal.. kat ini dah save duit sarapan pagi ... then makanan kat rumah pun tak membazir...

4. Dah fikri betapa pentingnya pengurusan kewangan yang betul... kadang-kadang terfikir jugak.. gaji ribu-ribu, tapi cukup bulan terpaksa ikat perut nak tunggu dapat gaji baru.. so, lepas ni kena buat bajet betul-betul... bukan tak boleh enjoy, cuma berpada-pada... kena fikir untuk jangka masa yang panjang...

5. Kurangkan beli barang yang tak perlu... aku ni satu jer, suka window shoping.. pastu bila berkenan beli.. padahal barang tu tak perlu pun... barang yg lama tu boleh pakai lagi.. prinsip lepas ni pakai sampai tak boleh pakai, baru beli baru...

6. Jarang dah kuar.. selalu dalam seminggu adalah 3 - 4 kali keluar waktu lunch.. pergi window shoping, makan luar ke.. tp sekarang tak lagi... kadang-kadang boleh kira berapa kali jer keluar... sekarang geng merayap kat opis pun dah tak aktif dah hehe...

Nota Kaki : So, setiap yang berlaku tu ada hikmahNya.. kalau tak jadi macam ni aku tak tau lah bila aku nak insaf... sekurang-kurangnya skrg ni aku lebih bersyukur dengan apa yang ada...

~ aku yang dah rajin bawak bekal ke ofis.. ~

WE MUST SURVIVE OUR LIFE!!!!

2 yang komen:

Mamy Adam Kimy said...

Tipuuuuuuuuuuuuu tadi ko baru beli kasut baru hahaha. So lom insap lg ekkkk hehe. eleh korang tu tak kua sbb aku tade kannnn :). Papepun aku doakan misi2 ko bejaya la ek. Doa untuk aku skali la nih, aaaaminnn

Anonymous said...

uih...

terharu baca..

hehehe..

cm xcaya je ma nk jd cmni..

NO MORE SHOPING2..?

hahaha..

elok la tu..

sama2 berjimat..


~aku yg sdg blajar berjimat gak~

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com