Nuffnang Gadget

October 29, 2008

Delima Oh Delima...

hmmm.. entah kenape lak tetiba jer semalam aku rasa nak makan buah delima..
macam-mcam peel betul kan orang mengandung ni..
aku ada dengar orang cakap buah delima ni baik untuk orang mengandung..
sebab buah ni kan buah Syurga..
lepas tu salah satu isi dalam buah ni mengandungi keberkatan..
so, kalau orang mengandung tu kena makan sebijik..
tak boleh share ngan orang lain...

pastu aku cakaplah kat en ajip...
terus dia cakap nanti balik kejer dia gie tengok kat Chow Kit...
huhu, terharunya aku..
bukan ape... sian pulak tengok dia balik kejer terus gi sana...
lain-lain kali pun boleh carik gak..
tengok-tengok malam tu dia balik bawa buah delima...
huhu, terharunya... tima kasih papa...


... buah delima yg en ajip beli semalam ...

ni antara petikan dari Internet yang aku jumpa tentang buah delima :

Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141. "

************************************************************

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6) Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung. Antara kebaikannya yang lain:

*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mengurangkan berat badan
*prevent morning sickness( utk org mengandung)
*memperelokkan rahim

1 yang komen:

Puteri Mona said...

wahhhh byknya kebaikan...nak kene pi carik gak ni hehehe.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com