Nuffnang Gadget

May 8, 2009

Selamat Hari Ibu...

Scrapbooking at WiddlyTinks.com


selamat hari ibu buat diriku...
selamat hari ibu buat mama..
selamat hari ibu buat mak mertua ku...
selamat hari ibu buat kawan-kawan yg bergelar ibu...
selamat hari ibu buat kawan-kawan yang bakal menjadi ibu...
selamat hari ibu buat kawan-kawan yang bergelar 'WANITA'...

bila aku dah menjadi seorang ibu, barulah aku tahu betapa seronoknya menyambut hari ibu..
sesungguhnya kita dapat menghargai perit-jerih seorang ibu mengandung, melahirkan dan membesarkan seorang anak...

aku ada satu cerita yang aku nak kongsi dengan rakan-rakan...
adam sejak dua-menjak ni asyik meragam jer...
menangis tak tahu apa punca..
yang pastinya sekarang ni dia tak boleh ditinggalkan sorang..
mesti nak ada orang temankan dia...
kalau dia tinggal sorang mesti dia meragam ke, menangis ke...
semalam ibu a.k.a baby sitter adam sms aku..
dia kata adam asyik meragam jer.. susah dia nak buat kerja dan nak bagi budak-budak makan.. aku kat opis dapat sms tu tak tentu hala duduk...
tak sabar nak tunggu petang nak tengok keadaan adam...
pastu bila kat rumah sedang aku buat susu dia melalak sebab kena tinggal..
puaslah mama dan papa dia pujuk...
terus aku pun nangis sama pujuk dia...
sebab aku terkenang sedang kan kita sebagai ibu pun susah nak pujuk anak menangis..
inikan pulak orang lain yang takde darah daging dengan anak kita...
kesian, adam...
mesti dia menangis melalak time meragam kan bila mama takde..
sabarlah sayang.. mama nak pergi kerja..
adam jangan nakal-nakal ok...
nanati petang mama balik ambik adam kita main sama-sama kat rumah yer..
mama dan papa sayang adam...

tetiba aku teringat kadang-kadang kita penat balik kerja...
anak tetiba menangis meragam..
kadang-kadang tension jugak.. termarah lah jugak kat adam..
bila semalam fikir-fikirkan kesian kat dia..
dia nak perhatian kita...
ni kita marah-marah pulak...
maafkan mama yer sayang...
mama janji akan jaga adam..
didik adam jadi anak yang baik..
asuh adam jadi anak yang pandai..
asuh adam jadi anak yg soleh yang boleh mendoakan untuk mama dan papa bila kami dah takde di dunia ini lagi...

tetiba aku terkenang kata-kata ustazah aku dulu...
ibubapa yang meninggal tu sentiasa jer tunggu kat kubur...
doa dari anak-anak dia..
cuba bayangkan kalau anak-anak tak pernah doakan kesejahteraan ibubapanya di alam barzah..
macam mana keadaan diaorang yer... nauzubillah... kesian kan..
alfatihah untuk arwah ayah aku jugak...

harini dapat sms :

happy mama day dari papa n adam.. we luv u...

4 yang komen:

Anonymous said...

selamat hari ibu

dr papa n adam..

yup..penat keje..

pas2 penat travel

pas2 lik umh..adam meragam..

sian gak tgk die..

ye la.

kdg2 termarah suma..terangin suma..

xpe..

nnt jaga adam elok2..

xtahan gak tgk die nanges kuat2..

seday gak

mercy lebey ni..

hehehe



~aku yg sllau x sbr nk lik umh..nk jumpa my DADAM~

sensei said...

slamat ari ibu tok mama hot..
hehe...
muahhhhhhh!

© Opah De said...

Selamat Hari Ibu sayang. Mwah. Semoga diberkati ALLAH selalu dan diberi anak banyak-banyak. Adam bukan menangis sengaja nak menyusahkan mama. Adam menangis sebab rindukan mama tau.

alia said...

hapi mothers day

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com