Nuffnang Gadget

June 30, 2009

Meehon Goreng Singapore...


wahhh, tak sangka pulak aku ada jugak yang request nak resepi Meehon Goreng Singapore ni.. padahal aku rasa nilah resepi meehon yang paling senang sekali.. anyway, ni aku sediakan resepinya yer..

Hidangan : 2 - 3 orang makan
Waktu penyediaan : 30 minit

Bahan-bahan :
1/2 paket meehon (aku guna meehon Cap Jasmin.. nak guna ape2 cap pun boleh..)
4 ulas bawang putih **
3 ulas bawah kecik **
segenggam ikan bilis **
1 sudu lada hitam (kalau yg bijik tumbuk.. aku guna yang serbuk.. kalau nak lagi pedas ubuh lebeh)
10 ekor udang .. (nak lebeh pun takpe)
1/2 biji lobak merah (racik halus-halus)
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan minyak masak
1 cawan air masak
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Rendam dulu meehon dengan air paip
2. Bahan yang bertanda *** ditumbuk halus
3. Panaskan minyak masak
4. Apabila minyak telah panas, masukkan bahan tumbuk.. Goreng sehingga naik bau..
5. Lepas tu masukkan lada hitam sehingga naik bau
6. Masukkan udang.. Gaul hingga udang hampir masak..
7. Masukkan lobak merah..
8. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa..
9. Gaul-gaul sekejap hingga naik bau. Masukkan air
10. Biar nampak mendidih baru masukkan meehon. Kalau rasa meehon tu keras, lebihkan air pun takpe.. Gaul hingga meehon lembut..
11. Angkat dan hidangkan.. Untuk nampak lebih cantik hiaskan dengan telor dadar yang diracik halus..
12. Dan untuk rasa yang lebih pedas, makan dengan kuah kicap.

ok, selamat mencuba yer..

2 yang komen:

Anonymous said...

best2...

pa suka mkn meehon grg singapore ni

sedappp


~aku nk request bini aku msk meehon singpore nnt~

nizza-abira said...

yummmmyyyy...(sambil telan air liuq)

leh try nanti :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com