Nuffnang Gadget

July 31, 2009

Reading Time...

seronok betul aku baca blog Watie yang bagitau anaknya, Qarissa dah boleh membaca.. baru 1 tahun tu... I pun sebagai Mummy tumpang gembira gakk.. tak sesia usaha Watie selama ni nokkkkkks ..

so, bertolak pada cerita watie dalam blog dia tu, aku pun semangat lah nak tanamkan minat membaca kat Adam ni.. dan sebab terlebih excited gak, dah macam-macam buku yang mama belikan untuk Adam... yelah, aku memang berazam nak pupuk minat membaca kat Adam ni since dia kecik lagi.. sebab aku pun pernah gak ada dengar pengalaman sorang member aku ni.. dia rajin tunjukkan / bacakan flash card kat anak dia.. bila anak dia dah boleh cakap, dia pandai jer sebut semua gambar kat flash card tu.. see, beby ni memang lah dia tak tau cakap.. tapi dia simpan semua yang kita ajar, kita cakap kat memory dia.. aku ni takdelah pandai sangat, tapi ni apa yang aku baca lah kat majalah or Internet...

so, sekarang ni kalau nak bacakan buku or tunjukkan buku kat Adam, aku akan kata "Adam, reading time.....".. dia pun macam faham-faham jer... gelak-gelak jer aku bawakkan buku kat dia.. memula tu aku tunjukkan flash card animal... cakap kat dia.. "Adam, ni cat...." pastu alihkan kat sebelah kanan pulak... tengok mata dia ikut ke tak... pastu buat ke atas, ke bawah pulak... Pastu perkataan tu kita repeat banyak-banyak kali... Aku pun takdelah banyak sangat ajar dia.. sikit-sikit jer.. selalunya 1 hari aku bacakan dia dalam 5 flash card ajer... pastu kalau dia dah boring dengan flash card.. bagi dia buku pulak... aku tengok Adam seronok sangat bila bagi dia cloth book... sebab cloth book ni dia ada bunyi-bunyi, colorful pulak tu... pastu ringan... dia boleh pegang-pegang, gigit-gigit.. memang sesuai sangatlah untuk beby...

mungkin banyak lagi aku kena explore untuk belajar tentang how to develope our baby mind.. tapi setakat ni yang aku tunjuk buku kat Adam ni, memang setiap kali kita bacakan buku or tunjuk flash card.. memang pastu bising jer mulut dia cakap-cakap... macam faham sangat lah tu... dan jangan lupa setiap kali bila dah habis bacakan buku, tepuk tangannn... cakap "yeeeee, Adam pandai... good boy...".. bagi support kat dia... Itu apa yang aku baca kat blog Watie hehe.. thanks watie, share pengalaman ni dengan 1st mummy macam aku ni....

ni time Adam baca buku (mama pegangkan) ....

... siap ketap-ketap bibir lagi tu ...

... khusyuknya adam baca ...


ni time Adam baca cloth book ....



... mula-mula baca ...

... pastu selak-selak ...

... alah, boring lah mama ... tengok tv jap lah ...

0 yang komen:

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com