Nuffnang Gadget

August 10, 2009

Demam..

lama betul aku tak update blog... yelah, minggu lepas rasanya minggu yang paling mencabar bagi aku... dengan akunya yang terbungkang demam... tambah pulak dengan Adam yang lepas tu demam... 3 hari aku tak datang kerja... memang sekarang ni musim demam lah kan.. mana-mana pergi klinik pun orang demam... lagi-lagi virus H1N1 ni yang dah ramai kena.. ramai gak yang meninggal.. tu yang demam + batuk + selsema sekarang ni memang takut.. cepat-cepat gie klinik.. tapi kalau pergi klinik pun sekarang ni bukan cek sangat pun... yelah, patient ramai.. setakat ambik suhu badan.. pastu bagi ubat... kalau pastu 3 hari tak elok-elok suruh terus pergi hospital... nasib baiklah time aku demam dulu en ajip ada... papa lah yang tolong jaga adam, kemas rumah, masak semua... memang suami mithali betullah papa.. tima kasih yer papa... luv u.. mwahhhhhh....

tapi tiba turn adam lak demam, aku memamng takut betul... tak tido malam aku... kejap-kejap cek suhu badan dia... ada sekali tu dah 38 .. terus aku ambik kain basah, letak kat kepala dia.. bagi dia ubat demam... takut jer aku bila orang sibuk cakap kalau suhu badan anak panas sangat nanti kena yang tarik-tarik tu.. nasib baiklah adam ni kalau dia demam behave jer.. takdelah nak meragam, menangis nak dukung-dukung.. dia tido jer.. cuma sesekali tu dia marah, sungut-sungut kalau batuk or selsema.. dia tak boleh nak tido... aku pun cepat-cepatlah ambik wicks sapu kat dada dia, tapak kaki dia... alahai, agaknya macam ni lah kan perasaan jadi seorang ibu... pengorbanan seorang ibu tu sanggup bersengkang-mata nak tengok anak sihat... sok-sok anak dah besar tak hargai pengorbanan ibu huhu... tetiba lak aku teringat kat mama aku... pastu masa adam demam tu, aku bawak gie satu klinik... boleh lak hampeh tak nak bagi ubat batuk + selsema.. boleh bagi antibiotik jer.. dia kata nanti antibiotik tu boleh cover... dia tak tau macam mana anak aku punya seksa tak boleh tido malam-malam batuk tak boleh tido.. huhu, kesian adam... nasib baik bawak adam pergi klinik L*** A*** masa hari Sabtu hari tu ok sikit batuk dia.. takdelah dia seksa malam-malam batuk....

ok, get well soon babehhhhh.. mama sayang adam...

... keletihan balik dari klinik... terus tertido sendiri kat car seat dia ... cian anak mama ...

... ni bawak Adam pergi klinik balik Sabtu lepas ... time demam asyik nak suruh papa tepuk jer nak tido... good boy... mama bole tido lena ahakkk ...


0 yang komen:

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com