Nuffnang Gadget

September 1, 2009

Get Well Soon Babeh...

salam semua...
maaflah lama tak jenguk blog sebab aku cuti panjang start hari jumaat haritu.. tak pergi ke mana-mana pun, cuma duduk dirumah menjaga Adam... dan masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SALAM MERDEKA kepada semua blogger... MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


oh, ni nak cerita pulak pasal Adam... last week Adam kena batuk yang teruk.. batuk berkahak... aku pergi klinik swasta, doktor bagi ubat antibiotik, ubat batuk, ubat kahak, ubat paru-paru... kesian adam, kena makan banyak ubat.. dan disebabkan batuk tu, hari khamis hari tu Ibu a.k.a pengasuh adam telefon aku kat ofis cakap baju adam semua dah habis kena muntah.. pastu adam berak-berak... huhu, kesian adam... dah susut dah badan dia sebab tak nak sangat minum susu.. pastu batuk muntah.. tapi orang kata eloklah muntah.. at least kahak dia keluarkan.. tapi as a mum aku rasa sedih sangat, sebab baru jer lepas minum susu, batuk jer adam muntah... macam mana nak besar... nak kenyang...

hari jumaat last week aku bawak adam pergi private clinic tu balik... doktor check adam still ada kahak.. then, dia bagi gas untuk cairkan kahak.. pastu check balik still ada.. so, doctor buat refer letter untuk refer kes ni kat hopital...

hari Ahad pulak lepas berbuka, aku tengok keadaan adam makin lemah sebab dia tak nak menyusu, tak nak makan... just sikit-sikit jer nak susu... aku bawak adam ke Hopital Tuanku Jaafar, Seremban (sebab aku balik kg) .... sekarang ni kan musim H1N1, memang sesaklah hospital.. tapi demi anak tabahkan jugak... sampai hospital adam elok pulak ceria, gurau-gurau ngan papa, tegur-tegur orang... bila doktor check doktor kata paru-paru adam ok.. dah takde kahak... so, doctor advise bagi multivitamin untuk tambah selera makan dia....

so, start semalam nampak adam dah nak menyusu dah.. tapi makan still tak nak lagi... so, aku takdelah paksa sangat dia makan... just control jer bagi susu at least 2 jam sekali... harap-harap lepas ni adam cepat sihat yer sayang... boleh makan balik.. biar debab balik badan adam... ni dah nak raya dah ni sayang huhu... mama rindukan adam yang ceria, yang asyik nak menjerit ajer, yang gelak sakan bila gurau dengan papa, yang mulut becok macam murai time nak tido... get well soon babehhhh.. mama sayang adam..!


4 yang komen:

Anonymous said...

sian kt adam

huhuhu

yup

sian tgk die

xpe

kite doa sama muga adam cepat sihat



~aku yg sian tgk adam muntah2 n cirit2~

CatlinaFly said...

salam..semoga adam cepat sembuh..amin...psstt e-ein kem salam kat adam!

~~@lyci@~~ said...

papa:
yup, kita sama-sama doa adam cepat sembuh..

catlina:
tima kasih anty cat & e-ein.. waalaikumussalam.. kirim salam balik kat e-ein yer :)

nizza-abira said...

aunty doakan adam cepat2 sembuh ye...
tak lama lagi kita nak raya, kalau adam sihat leh la collect duit raya bebanyak :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com