Nuffnang Gadget

November 17, 2009

Demam Campak...

Adam kena demam campak... kesian adam... hari Jumaat hari tu dia demam, aku bawak pergi klinik... doktor bagi ubat demam mcm biasa... pastu pagi semalam aku check suhu adam 38... terus aku cakap kat papa nak bawak adam pergi hospital... risau lah pulak kan, demam 3 hari tak kebah-kebah.... suhu still panas jer...

Kat hospital, check tengok suhu adam dah 39.4... tinggi kan... terus kena ambik darah... part ni yang tak tahan.. nasib baik kat Hospital Putrajaya ni dia suruh mak bapak keluar time ambik darah... agaknya dia orang tau kot mak bapak tak sanggup tengok anak kena cucuk-cucuk bagai... aku kat luar tu dengar adam menangis pun, dalam hati alahai cepatlah orang ni ambik darah anak aku.. tak tahan dengar huhu...

Bila result darah keluar, doktor kata darah adam -ve... Takde jangkitan apa-apa... dia check tekak adam bengkak.. so, doktor kata suhu tinggi maybe sebab tekak adam bengkak... So, ambik ubat macam biasa kat farmasi, terus balik rumah..

petang tu, papa tegur kata kepala adam ada bintik-bintik... pastu check betul-betul kat badan pulak tengok adam bintik-bintik macam ruam lagi... petang tu jugak bawak pergi klinik... doktor kata adam kena demam campak.... patutlah, 2 @ 3 hari sebelum tu adam macam tak selesa, asyik nak menggaru jer... meragam jer.. rupanya nak kena demam campak... alahai, kesiannya anak mama huhu... get well soon babehhh...

p/s : ada orang cakap kalau campak ni nak cepat keluar, bagi minum air kelapa... korang ada petua ke.... meh lah share ngan aku...

aku yang tak tahan tengok adam kena ambik darah, huhu kesian anak mama,a.L.y.C.I.a


... ni tengah tunggu result darah ...

... muka budak yang demam, huhu kesiannya anak mama ...

... tangan yang kena ambik darah ...

... ni kat klinik pulak petang semalam ... anak papa!! ...

... macam tepung gomak dah adam kena lumur dengan losyen apa ntah nama klinik bagi ...

... ni piccas pagi tadi ... bintik-bintik dah keluar kat muka ...
---------------------------------------------------------------------------------

ok, ni ada sedikit info yang aku search kat en google pasal campak ...

(Sumber: www.infosihat.gov.my)

Demam Campak
Apa itu demam campak?Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
- Demam tinggi
- Batuk, selsema dan sakit tekak
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya
- Sakit otot
- Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
- Jangkitan pada telinga
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
- Jangkitan pada otak (encephalitis)
- Cirit birit
- Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
- Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
- Panadol untuk mengurangkan demam
- Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
- Berehat dan minum air yang cukup.
- Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

5 yang komen:

Puteri Mona said...

alalala betol rupanya ek demam campak. Cian adam kecit2 da kene. Tapi org kata elok kene kecit2 tanda2 cepat ilang. Lgpun yg ni bukan campak air kan. InsyaAllah kejap jek. So tak hantar gi umah ibu la ye. Get well soon ye adam..

ezan said...

ciannya adam. cam teruk gak ek demam campak adam ni ye.. get well soon adam. rajin2 makan ubat tau..

Farahanna said...

ciannya adam demam campak...
jgn lupe mkn ubt yer adam...
syg dr k.farah...
=p

~~@lyci@~~ said...

tq to anty mona & anty ezan.. tq jugak utk k.farah hihi..

berita terkini adam:
adam dah beransur pulih dari campak.. semua ruam dah keluar dan hilang.. cuma tinggal ruam dekat tangan & kaki ajer..

armouris said...

info tentang demam campak kat sini - Demam Campak Berjangkit

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com