Nuffnang Gadget

December 9, 2009

Majlis Kahwin Kawan Opis Papa..

Sabtu lepas pergi majlis kawin kawan opis papa kat Jalan Klang Lama... penuh betul aktiviti mingguan... tak duduk rumah lagi minggu ni ... nak buat macam mana ... dah dua-dua laki bini pun kuat jalan... aku rasa pun adam ada jugak kot genetik macam mama ngan papa dia... kecik-kecik pun dah nampak dah muka dia tak puas hati jer kalau duduk rumah... tapi cuba bawak keluar berjalan, senyap terus dalam kereta...

ok, berbalik pada cerita majlis kawin ni, papa kata ni member dia masa kursus induksi dulu.. sama opis tapi lain-lain bahagian... yang aku paling suka nama pengantin ni macam kena-kena jer... JULIANA - JUFRI ... ha, sedapkan... dah memang jodoh lah tu... nama bapak dia orang pun macam nak sama-sama jugak... tapi aku lupalah pulak apa nama bapak diaorang (heheh, sampai nama bapak orang pun aku tengok...)

kami sampai awal pukul 12.30 tengah hari ... sampai-sampai terus makan.... tapi lama lah pulak nak tunggu pengantin bersanding ... nasib baik ada dewan bersanding (majlis ni kat kawasan pangsapuri, pelamin kat dewan, makan kat khemah luar)... boleh jugak aku duduk-duduk bawak adam .... sekarang ni hero aku sorang ni dah ramai peminat... yang nak geng dengan dia semua pompuan hehe... tapi Adam malu-malu pulak nak kawan... siap paling-paling muka, senyum malu-malu lagi... alahai adam... malu macam papa ekkkkk hehe....

mama pada ADAM ZIKRY yang malu-malu kucing nak kawan ngan budak pompuan,
a.L.y.C.I.a


... lepas makan, mama lepak-lepak dengan adam kat dewan pelamin ... papa dengan aktiviti biasa = jadi photografer ...

... time ni adam budak pompuan nak pergi kat adam... adam malu-malu peluk mama ...

... ha ni lagi satu budak pompuan nak kawan dengan adam ...

... inilah pengantinnya JULIANA - JUFRI ... comei jer dua-dua kan ...

... siap ada acara bersilat lagi ...

... macam biasa piccas mama dengan adam ... dah laki jadi photografer tak rasmi, haruslah kan gambar bini & anak yang banyak ... kang ada pulak yang sentap-sentap kecik ati takde gambar huhu akulah tu ...


1 yang komen:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com