Nuffnang Gadget

May 11, 2010

Tag : Selamat Hari Ibu...

alycia jumpa entry ni kat blog Afidah.. walaupun afidah tak tag, tapi alycia nak buat jugak hehe..

Letakkan gambar anda bersama ibu anda. Tak kesah candid atau pose.


Ceritakan apa yang berlaku dalam gambar ni.

Ni gambar terbaru bersama mama masa kami pergi bercuti kat Cameron Highlands hujung tahun lepas... Adam pun ada jugak nak bergambar dengan Nekma sekali hehe...

memang dah lama tak bergambar dengan mak aku yang aku panggil Mama... bila baca tag dari Afidah tu, terus rasa nak buat... yelah, dulu masa belum kawin memang aku duduk rumah mama aku kat kampung... kami memang rapat.. lagipun aku anak sulung, apa-apa hal mama aku lebih senang cerita dengan aku... lagipun ramai yang kata, aku ni ada iras-iras mama aku yang comel-comel tu hehe ... even lepas ayah aku meninggal, apa-apa hal yanng melibatkan family, memang mama akan rujuk kat aku... so, kami akan ambil keputusan macam mana nak buat.. bila dah kawin, rasa sedih pulak sebab kami dah kena duduk jauh... anak pompuan kan kena ikut suami... tapi aku akan pastikan setiap dua minggu sekali, aku akan balik ke kampung jenguk mama aku... kadang-kadang telefon dia tanya khabar ... I luv u so much mama.... thanks for everything.... bila aku sendiri dah jadi mama, baru tau pengorbanan seorang ibu selama ini huhu...

Ya Allah, Kau berikanlah mama aku kesihatan yang baik, umur yang panjang, kehidupan yang berkat dan bahagia dikelilingi insan-insan tersayang... Amin.


we are the great Mama in the world,
a.L.y.C.I.a


1 yang komen:

firahadifa said...

owh.. da buat.. muhehe

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com