Nuffnang Gadget

June 21, 2010

Macam-macamlah Kau.. Fasha Sanda!!


pagi tadi masa aku tengok FB, terjumpa pulak pasal berita ni kat Harian Metro ... suke pulak aku baca hihi... aku bukanlah peminat setia Fasha Sendattt okay.. tapi aku menyampah konon-konon dia tulah artis paling popular kat Malaysia.... baca ajerlah citer ni..

---------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR: “Gosip itu mengarut! Ia tiada kena mengena langsung dengan saya,” kata pelakon Tiz Zaqyah Razak, 21, mengulas dakwaan kononnya dia cuba ‘mengganggu’ kekasih Fasha Sandha, Rizal Ashram Ramli.Perang dingin itu tercetus apabila Fasha, 26, dikatakan meluahkan perasaan tidak puas hati menerusi laman Twitter baru-baru ini terhadap seorang ‘wanita’ yang didakwa menelefon dan mengajak kekasihnya dikenali dengan nama manja, Jejai keluar pada jam 4 pagi.Walaupun tidak dinyatakan nama, namun berdasarkan gambaran diberikan, ramai dapat mengagak wanita yang dimaksudkan itu adalah Tiz. Fasha juga menyebut, selain kekasihnya, wanita sama turut mengganggu teman lelaki Almy Nadia, Fizz Fairuz.

Sejauh mana kebenarannya, Tiz yang sinonim dengan watak Amina dalam siri Nur Kasih arahan Khabir Bhatia, tampil memberikan penjelasan. “Saya terkejut mendengarkan perkara ini. Dalam sibuk mempersiapkan diri untuk menjayakan filem Nur Kasih, saya dihubungi seorang wartawan mengajukan hal ini, sekali gus bertanyakan kebenaran gosip yang tersebar.
“Walaupun mengarut, saya akui seharian rasa tertekan lebih-lebih lagi menerima panggilan telefon daripada kawan-kawan. “Tapi cuma sehari saja sedih, keesokannya saya kembali seperti sedia kala. Semasa diajukan hal ini nak rasa lucu pun ada.

“Apabila hal ini saya kongsikan bersama sekumpulan teman rapat, mereka sendiri pun membuat andaian ada orang cuba memanipulasi atau tersalah sangka,” katanya. Yakin tidak bersalah, Tiz tidak menemukan alasan mengapa dia harus tampil membersihkan namanya.Malah, akui Tiz, sekiranya sesuatu perkara itu benar-benar boleh menjejaskan nama baik keluarga atau sampai ke tahap menutup periuk nasinya barulah dia tampil mempertahankan diri.“Banyak lagi perkara yang mustahak dan patut diberi keutamaan terutama kerjaya seni yang baru dibina,” katanya.Belum sempat bersemuka dengan Fasha, Tiz juga diminta menjelaskan apakah dia mengenali Jejai? Tanpa berselindung, pelakon putih melepak ini memberitahu, dia mengenali Jejai hanya sebagai kenalan biasa.“Saya mengenalinya awal tahun ini, tapi saya tiada nombor telefonnya seperti didakwa. Kami pernah keluar bersama itupun secara berkumpulan dan Fasha turut menemani Jejai.“Disebabkan itu, saya langsung tak menyangka hal seperti ini boleh berlaku,” katanya.

Sangkaan Tiz, hal seperti itu hanya berlaku di alam persekolahan menyebabkan dia terkedu apabila masih berlaku dalam dunia seni diceburi ramai golongan matang.“Isu ini memberi pengajaran kepada saya betapa bidang seni terisi dengan segelintir insan yang masih mengamalkan sikap sebegini.“Mahu ataupun tidak, saya harus terima hakikat mengenai kewujudan orang seperti ini di sekeliling saya.“Begitupun, saya tidak menyalahkan diri atau sesiapa dalam hal ini kerana paling penting, niat saya ikhlas berkawan dengan semua orang. “Apa yang terjadi sudah pun terjadi, saya reda menerimanya. Tiada apa perlu saya perkatakan, jauh sekali menasihati individu memfitnah saya.“Rasanya lebih afdal jika orang seperti ini bergerak ke depan daripada memandang ke belakang,” katanya.

nota kaki 1 : aku tak pernah buat entry pasal gosip-gospi ni... tapi tetiba lak harini teringin... sebagai eksperimen utk diri aku menaikkan trafik blog aku hehe...

nota kaki 2 : lantaklah kau Fasha... dulu kau sibuk kacau laki orang... ni belum apa-apa, belum kawin dah pandai lak nak mengamuk huhu...

12 yang komen:

Adlin a.k.a Kyra MomS said...

eeee mmg tk suka fasha sendat ni sbb hal hancurkan rumah tangga Nora danish..eleh dia tk glemer dah sbb tu buruk2 kan tizz zaqiah pulak..sbb tiz lagi cantik dr dia hahahhaa...

mummynana said...

tau takpee i tak suke die nih.. dah kene balik btg idung sdri... hahaha sib la kau pasah sandah !!

Farahin azirah said...

aku memang cukup meluat la ngan Fasha sandak ni.Makin menggelitat...

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

saja nk timbulkan kontrobesi la tu.. haduyaii~

pinkyytia said...

salam, sebok2 jap. ;)

bkn fasha sendatt laa!
fasha sundal! ;))

mummynana said...

hahahahaha gerammmm kan!!!

shi3la said...

diyer sajer carik publisiti murahan tue..skang kan diyer dah tak baper nak lakuu...

salam kenal yer..sy rase mcam pestime jerk singgah sini...

ayaa alyy said...

giler nyampah i dgn fasha nieh. derr. dlu ckp bkn dgn jejai. skg dh megaku buah hati plak. adoiee. lawa lg tiz dr dia. haha

mummynana said...

salam kenal gak.. hehe 1st time gak nie ehehehe ..

~~@lyci@~~ said...

to all :
tq2 komen2 kat sini hehe... yg baru haha, rata2 yg komen kat sini 1st time.. selamat berkenalan yer.. rajin2 lah dtg sini lg ;)

Ieda Al-Habsyi said...

ntah hape2 la fasha sendat tu

lily azliyana @ mama zara said...

'seksa'nya tgk gmbar die dlm majalah tuh..huhu

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com