Nuffnang Gadget

July 29, 2010

Wanita Cantik Sempurna Usia 31 Tahun..

petang semalam masa alycia baca blog Isabelle, terbacalah entry Wanita Paling Cantik Pada Usia 31 Tahun ... pagi tadi masa datang ofis terus ajer google pasal tajuk tu... semangat okay nak tau fakta lebih lanjut pasal tu... alycia ni kalau dapat sesuatu tajuk atau topik, suka ajer cari en google... nak dapatkan info lebih... tak caya cuba tengok...
dan alycia jumpa keratan akhbar dari Harian Metro 20 Julai 2010 ni ...


mungkin korang tak dapat bacakan.. meh alycia kopipes tepek kat sini..

Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.

Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.

Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.

Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.
70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Agensi

ni antara artis yang mencapai usia 31 tahun ni ...

... TokTi yang memang cantik ...

... Maya karin... tetap cantik ...

eh eh.. tuan blog ni pun dah usia 31 tahun jugak tahun ni... cantik ke tak ??? (sambil buat muka paling comel) haha... saje ajer melawak... sekadar berkongsi info dengan korang semua...


kecantikan sebenar lahir dari hati yang suci (ayat skema habis ni),
a.L.y.C.I.a


15 yang komen:

Farra Dhelina said...

chantek3 ;-)

lagi muda dari usia oke ;-)
sies ckp ni ..

~~@lyci@~~ said...

farra:
tq2.. malu lak tetiba hehe..

soclose2213 said...

wah alycia kita pun cantikla erk sbb kita pun 31 tahun..hahahahaha

mekchu said...

mekchu jumaat mggu depan.. seminggu je lagi mekchu akan bergelar wanita cantik... hahahaha.. yes!!!

mummy_ayu said...

chantik la..sebaya ye kita..ingat alycia muda sikit dr ayu er..nie serius tau...bukan bodeks ke...

momguess said...

hakikat nye semue wanita adalah cantik kan

Anonymous said...

chanteq di kaca mata sy...eheheh


~aku yg selalu x melihat bini aku cantik or x time mlm coz dh terlelap~

Cyda Acme said...

oohhh .. aku tetiba plak rasa paling cantik kat opis nih ... sbb apa?sbb aku sorg jek yg berumur 31thn kat opis nih .. hahahhaha thanx fren tempekkan info berguna nih .. mlm kang aku nak swuh hubby aku baca :D

viruspadu said...

saya cantik sangat tahun depan eceh

tak sabar tunggu tahun depan ni :p

~~@lyci@~~ said...

soclose2213:
kita sebaya ekkk.. kt cantikkan hehe..

mekchu:
welcome to the club mekchu.. club waniat cantik.. haha.. gila poyo..

mummy_ayu:
yup, kt sebaya..

momguess:
yup, setuju dgn statement u b ..

~~@lyci@~~ said...

papa:
huhu.. tulah papa slalu tido awal.. xpat manje2 haha.. larikk..

dot:
betul2.. baik ko suh hubby ko bc.. pastu tnye cantikkan haha..

viruspadu:
wah, cpt2 taun depan.. taun depan kak jemah cantik haha..

Cik Andam Hazlina said...

waah.. cantik kak.. macam ni tak sabar nak jd wanita 3series.. eheeheee.. menawan la puan tanah ni..

~~@lyci@~~ said...

hazlina:
cpt2.. welcome to the club hehe..

damha said...

kecantikan juga lahir dari pandangan mata hati dan jiwa yg ikhlas....

juanita said...

wah suke la blog ni. Byk info pasal kecantikan..suke2..suke2..suke..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com