Nuffnang Gadget

August 12, 2010

Resepi : Gulai Lemak Udang Pegaga...


okaylah, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, alycia nak tambah lagi 1 ruangan kat blog Alycia ni... Ruangan Resepi ... resepi ni adalah dari alycia sendiri atau pun mana-mana resepi yang alycia tengok, pastu alycia try buat ... tapi mestilah kena letak sumber dari mana kan... lagi pun, masa alycia letak entry Gulai Lomak Cili Api dulu, ada jugak yang tanya resepinya... so, bersamaan bulan Ramadhan ni, bolehlah alycia start buat Ruangan Resepi ni... tapi resepi alycia ni simple-simple ajor... takde hebat macam resepi tukang masak yang dah pemes tu yer hehe...

Gulai Lemak Udang Pegaga
(Kuantiti makan : 2 - 3 orang)

Bahan-bahannya:
Udang putih - 1/2 kg (buang kepala dan ekor, basuh dan toskan)
1 ikat pegaga
10 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah) *
2 batang serai *
1 biji bawang kecik *
sedikit kunyit hidup (kalau nak pakai kunyit serbuk pun boleh) *
santan pekat - RM 2.00
sedikit garam
sekeping asam keping (kecik ajer)

Cara-cara Membuatnya:

1. Tumbuk lumat bahan-bahan yang bertanda (*) dan asam keping. Kemudian masukkan udang dalam dalam periuk. Masukkan bahan yang telah ditumbuk lumat tadi. Masukkan santan. Kalau nak cair, boleh tambah air sikit. Tapi biasanya kalau udang, santan biar pekat. Sebab udang ni berair.

2. Kacau sehingga santan melegak ... bila dah melegak bolehlah masukkan pegaga... Kemudian masukkan garam. Agak-agaklah masin tu ikut selera masing-masing.

3. Bila dah cukup rasa boleh lah angkat dan dihidangkan.


5 yang komen:

Iyiana said...

Nampak gaya memang sedap. Nanti nak try la..

Farra Dhelina said...

mm nyum2..mmg sedappp..sukaaa

~~@lyci@~~ said...

lyiana:
cuba lah ;)

farra :
boleh try .. nnt komen apa yg kurang ekk ;)

damha said...

pegaga ni mmg berkhasiat utk kesihatan badan...leh wat jus menyejukan badan yg panas...awet muda...

Aisyah Bahrum said...

Terima kasih for the recipe. May Allah bless you

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com