Nuffnang Gadget

August 25, 2010

Selamat Hari Wanita ...

pagi tadi masa dekat dalam kereta terdengar di Radio Hot FM ... oh rupa-rupanya harini 25 Ogos 2010 adalah Hari Wanita ekkk.. tak tau pun selama ni ... kalau hari Guru ke, Hari Bapa ke, hari Ibu ke tu tau lah.. hari Wanita ni jarang pulak perasan... tapi memberi impak yang besar kepada kita sebagai WANITA ... betulkan... siapa lagi nak ucapkan selamat Hari Wanita kalau tak WANITA sendiri kan ...

kepada semua blogger yang mengenali alycia atau yang singgah sekejap-sekejap ... yang jadi silent reader (ada ke hehe)... alycia ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua WANITA ... sesungguhnya kita patut berbangga menjadi seorang WANITA ... kalau tak takkan lah ada yang mengatakan disebalik kejayaan seorang lelaki, berdiri seorang WANITA ...

sememangnya kita WANITA zaman sekarang ni mempunyai cabaran yang besar... cabaran membesarkan anak-anak terutamanya ... cabaran nak jaga laki sendiri pun susah jugak hehe ... dan WANITA sekarang sama-sama bergelut untuk mencari rezeki untuk diri dan keluarga ... ni masa saya buat researh tadi pasal hari wanita jumpa statement dari Nurul Izzah ni pasal WANITA ...

Selaku ahli Parlimen, tugasan di kawasan mendedahkan saya kepada wanita-wanita yang saban hari menempuh pelbagai cabaran besar. Wanita yang bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah. Di Lembah Pantai, saya mendapati kehidupan di tengah kota yang sarat dengan cabaran sementara taraf hidup yang meningkat turut menyebabkan wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian sehinggakan ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.

Kes penderaan serta kehilangan anak di pusat jagaan pastinya menambah kegusaran para ibu yang bekerja tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat sedemikian. Pada masa yang sama, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Hal ini menyebabkan kaum wanita bukan sahaja berdepan dengan cabaran sedia ada di tempat kerja dan rumah, bahkan dalam membuat keputusan terbaik untuk anak mereka.

Selamat Hari WANITA !!

... adakah ini gaya WANITA hebat di masa akan datang haha ...


p/s : patutnya kerajaan bagi lah cuti kan kepada WANITA sempena Hari wanita... bagi peluang kepada semua WANITA pergi shoping ker, pergi spa ker... lepas tu bagi diskaun hebat ... mesti besttt... anak-anak?? bagi chance laki jaga haha ...

a.L.y.C.I.a

12 yang komen:

Adlin a.k.a Kyra MomS said...

Hahahah i like the piccas mak...selamat hari wanita tau pun from Fb alycia hehehe

**tang bg cuti tu tk tahan hehehe harap2 gov pertimbangkan yea hihihi**

LyNn HaMzAh said...

pic comey giler...selamat hari wanita yer alycia...nak dapat cuti dari kerajaan sempena hr wanita...erm better kerajaan umumkan bonus atau duit raya dulu...hehehehe...

Farra Dhelina said...

camat hr wanita!!

chugie said...

selamat hari wanita alycia..

ade tokoh lah orang dalam gambar tu! :D

mummy_ayu said...

sokong bab kasi wanita cuti tu..he he he
selamat hari wanita dear!!!

~~@lyci@~~ said...

adlin :
selamat hari wanita ;)

lyn :
dah umum dah duit raya RM 500..

farra :
same to u dear ;)

chugie:
haha.. bakal ganti sharizat tu hehe..

mummy_ayu:
selamat hari wanita ...

alia said...

selamt hari wanita..jom pakat tak yah masak ari nie..min si lelaki a.k.a suami belanja luar

~~@lyci@~~ said...

alia ;
ok gak tu kan.. gud idea hehe.. akn diusulkan ;)

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

selamat hari wanita....

hehehe...wanita tiang negara...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

selamat hari wanita juga..

~~@lyci@~~ said...

IbuDamia:
yup betul.. wanita tiang negara :)

Ummi :
tq.. to u too dear ;)

mekchu said...

happy belated womens day... :) mlm td dpt prezen apa..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com