Nuffnang Gadget

September 21, 2010

Petua supaya anak menjadi bijak..

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

( Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA)

... Insya allah, mama nak didik adam jadi anak yang bijak dan pandai ...

notakaki : malam tadi papa marahkan Adam sebab Adam main picit-picit butang kat TV.. terus Adam tido takmo pandang papa... dah pandai merajuk dah Adam...

notakaki 2 : pagi tadi masa hantar Adam pergi rumah ibu, Adam nangis nak ikut mama... selalu elok ajer dia main dengan kawan2 dia... alahai, sedey pulak mama tengok...

a.L.y.C.I.a


10 yang komen:

mummy_ayu said...

good info..tq for sharing..
nota kaki ..kalu ayu nak gie keja anak nangis pun, rasa sedih..mcm nak balik bawak anak..tak yah keja..leh tak? sabar je la kan...working mom...

Ieda Al-Habsyi said...

thanxx sharing, nak cuba utk amanda mlm ni dan mlm akan dtg, thanxx dear :)

♥etiey erywan♥ said...

sharing is caring..thanks... dugaan ibu bekerja!

chugie said...

good info ni.. penah gak dengar psl info ni dulu..

aNnAsUe'G said...

petua bagus ni. tq for sharing. :)

~~@lyci@~~ said...

mummy_ayu:
sellau xpernah nagis.. arini jer nangis.. dah keluar pintu pun dgr suara dia lg.. syahdunya huhu..

ieda:
sharing is caring dear..

etiey:
yup betul.. dugaan ibu bekerja..

chugie;
pernah dgr tp xpernah direkodkan hehe..

Gee:
welcome dear ;)

♥MAMA♥ said...

insyallahh..sama2 la kite doakan yg terbaik utk anak masing2,setiap ibubapa pastinye inginkn bg yg terbaik yg termampu kite berikan,aminnn...slmt hari raya ;-)

~~@lyci@~~ said...

mama:
yup, betul2.. tq mama.. selamat hari raya juge ;)

Farra Dhelina said...

thnx 4 sharing..

* baju upin!! :D

~~@lyci@~~ said...

farra:
most welcome dear ;)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com