Nuffnang Gadget

November 25, 2010

JJCM : Restoran Tasik Idaman, Dengkil ...

korang ingat lagi tak alycia pernah buat entry kami makan kat mana ?? pastu alycia siap letak picca ni lagi sebagai klunya ...

pastu ada pulak yang tanya klu tak cukup ... pastu alycia tambah klu lagi lokasi = TASIK ... berapa banyak pastu lah kau alycia... dan ayu.oyie.yuna telah memberikan jawapan yang tepat iaitu di Tasik Idaman ... so, entry JJCM alycia kali ni nak review Restoran Tasik Idaman ....

Latarbelakang??

DULU ia kawasan lombong terbiar dengan kedudukan tersorok di pinggir kampung. Selepas dimajukan, kawasan seluas 2.5 hektar di Jalan Jenderam, Dengkil, itu berubah wajah menjadi lokasi menjamu selera mendamaikan serta pusat riadah popular, terutama di kalangan kaki pancing. Berlatarbelakangkan kehijauan tropika dan tasik buatan sendiri, Restoran Tasik Idaman yang diusahakan sejak enam tahun lalu menjanjikan kelainan.

lokasinya di mana ?

Restoran Tasik Idaman terletak berdepan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia, lapan kilometer dari Lebuhraya Bangi dan Universiti Kebangsaan Malaysia UKM) dan lima km dari Lebuhraya Dengkil/Putrajaya...

konsep Restoran tasik Idaman??

Berkonsep terbuka, pengunjung mempunyai pilihan sama ada mahu menjamu selera di ruang berbumbung iaitu Teratak VIP, Teratak Terapung (dibina di atas tasik), Taman Cahaya Idaman yang menyediakan skrin besar untuk menonton televisyen atau dataran.Menyajikan menu ala Thai dan Barat, Tasik Idaman mampu menampung 1,000 orang dalam satu masa. Lebih menarik, pelbagai kemudahan disediakan seperti tempat meletak kenderaan yang luas dan percuma, ruang solat dan tandas.

Menu yang best??

Ikan antara menu popular dan digemari di Restoran Tasik Idaman. Talapia merah bakar yang diperap ramuan tersendiri misalnya, antara yang digemari pelanggan kerana isinya yang manis selain pilihan cicah air asam atau sambal.

Siakap stim limau iaitu dikukus dengan perahan limau nipis sesuai untuk mereka yang suka pedas selain tidak berminyak. Untuk yang inginkan hidangan lebih pedas, kerapu cili Idaman menu sesuai kerana rasa yang pedas menyengat. Kerapu goreng dilumur dengan ramuan cili pasti membangkit selera. Masih dengan menu ikan, pari bakar yang dilumur dengan ramuan cili tidak kurang enaknya.

Inginkan menu berkuah, cuba tom yam Idaman yang berkuah pekat dan berbeza daripada tom yam biasa. Rupanya seakan-akan asam pedas, tetapi ia sebenarnya tom yam makanan laut atau tom yam Pok Tek dengan pes buatan sendiri, mengandungi lala, sotong, udang galah dan isi ikan siakap.

Tidak lengkap tanpa sayuran, anda boleh memesan sayuran lain daripada kebiasaan seperti kangkung atau kailan. Di sini, asparagus udang sos tiram menjanjikan kelainan dengan asparagus dipotong nipis, udang dan sos tiram.

(sumber ini diperoleh dari MyMetro : klik SINI untuk berita penuh)

itulah serba-sedikit mengenai Restoran Tasik Idaman... itu pun sebab sepupu alycia yang bekerja di ATOM tu bagitau kat situ best... makan tepi-tepi tasik ...ni antara pemandangan tepi tasik yang boleh di lihat ... alycia datang malam... so, piccas gelaplah sikit ...


apa yang kami order?? sebab baru 1st time datang so tak tau lagi apa menu yang best kat sini ... alycia order Nasi Goreng Idaman, sup tulang dan kerang bakar ... tapi lepas ni maybe nak datang lagi sebab nak rasa talapia bakar yang dikatakan popular tu ...

... Nasi goreng Idaman ... letak ikan goreng dan telor dadar ... besar giler cencaru goreng tu... ponek alycia nak abih kan...

... sup tulang ni en ajip yang order ...

... nampak tak kerang bakar ... tak sempat lak nak ambik gambar ...

kalau korang nak tau lebih lanjut bolehlah klik kat webpage Restoran Tasik Idaman ... ada alamat, no telefon dan google map sekali ...

last sekali, alycia tepek banner JJCM alycia kat sini ....


notakaki : tunggu next review JJCM bagi yang suka ayam penyet pulak...

a.L.y.C.I.a

14 yang komen:

mummy_ayu said...

wah..yummy...

Jemari Seni said...

Menarik gak tempat tu..damai jer rasa!

LyNn HaMzAh said...

amboiii...mcm duta jer alycia...hehehehe...

~ayu.oyie.yuna~ said...

salam alycia~
yeah..betull..hehe..
makanan kat situ tip top kan..;)

Sidratul Muntaha said...

jap - jap alycia
ni yg dekat2 dgn simpng kat bukit unggul tu ker?
klu tak silapa yu dia asalnya tmpt mancingkan?
cam reksriasi
klu yer..
boleh plan pergi sbb dah bese allu situ time ngaji kat MFI bangi dulu2.
huahuahua

Faizaharis2 said...

wahh menarik nie....

~~@lyci@~~ said...

mumy_ayu :
yamehh ;)

JS :
ni alycia pg malam.. kalau g ptg2 sure best.. dpt tgk sunset..

lyn :
alycia kn skrg dah jd hos JJCM..

ayu.oyie :
yup, makanan tip top.. harga pun berpatutan..

sidratul :
betul2.. dulu org kt ni tempat mancing.. tp skrg dah jd tempat rekreasi pulak..

faizah:
jom2 dtg cni ;)

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah dah leh jadi duta JJCM la cam ni, cantik la tempat tu tenang je

~~@lyci@~~ said...

Mama :
haha.. nk ganti maria tunku sabri ni ;)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

my next destinationn to get marveloussss menu!!!!

~~@lyci@~~ said...

fifiey :
oh yeahhh.. ;)

ann @ hatiberbunga said...

gilos cantik view kat sini!

Anonymous said...

geotorelxzp debt consolidation
debt consolidation

Anonymous said...

geotorelxzp loan consolidation
pay loans

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com