Nuffnang Gadget

December 21, 2010

Korang Dah Buat UJIAN PAP SMEAR ??

pagi tadi alycia dengar beraninya menjalanu UJIAN PAP SMEAR...

... muka neves-neves sebelum pergi klinik ...

Pernahkah korang buat Ujian Pap Smear ??


Apa itu PAP SMEAR?

Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan penyakit serviks (peringkat awal) yang boleh bertukar kepada kanser serviks jika tidak dirawat.

Mengapa PAP SMEAR Penting Kepada Saya?
  • Kanser srviks merupakan kaner ke-2 tertinggi dikalangan wanita di Malaysia
  • Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser serviks itu terjadi
  • Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.
Apa itu KANSER SERVIKS?

Kanser serviks adalah keadaan apabila sel-sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser.

Di manakah boleh menjalani Ujian PAP SMEAR ?
  • Klinik kesihatan
  • Klinik desa
  • Hospital kerajaan
Kalau nak bayar :
  • Klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
  • Klinik Persatuan Perancang Keluarga (FPA)
  • Klinik Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
  • Klinik Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
  • Klinik dan Hospital Swasta
Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Sebelum menjalani ujian, KENA INGAT ...
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
(Sumber : InfoSihat)

So, korang yang tak pernah buat lagi, mari ramai-ramai menjalani ujian pap Smear ... tak sakit pun korang... rasa ngilu-ngilu sikit ajer ... sakit nak bersalin lagi sakit ... ni pun tak sampai 5 minit... sekejap sangat ...

Sebelum ni blog Mekchu a.k.a Mama-Chu ada buat entry pasal Suntikan Vaksin HPV ... apa bezanya Pap Smear dan Ujian Vaksin HPV ni?? Bezanya adalah suntikan vaksin dianggap sebagai kaedah utama, manakala pap smear pula adalah pencegahan sekunder. Tapi suntikan vaksin HPV ni hanya diberikan secara percuma kepada remaja perempuan berumur 13 tahun di klinik kerajaan. Untuk yang lain-lain boleh dapatkan di hopital swasta , tapi kena bayarlah.

p/s : pagi tadi lepas buat ujian nurse tu cakap ... pandai puan jaga ... tak banyak keputihan... apa puan pakai ... alycia cakap saya pakai BAJU ABANG SAYANG ... korang tau tak BAJU ABANG SAYANG tu apa??? nanti alycia kasi tau ekkk.. ngeh ngeh...

INGAT !!
Sayangilah Diri dan Keluarga Anda.
Lakukan UJIAN PAP SMEAR.
Segera bertindak jika anda dijemput oleh mana-mana pihak
untuk menjalani UJIAN PAP SMEAR


a.L.y.C.I.a

12 yang komen:

eT said...

haha..me dah buat...
tetiba jek p klinik ari tuh doktor nk buat...
belasah je la..
kalo nk p ngan tujuan itu semata2 mungkin lmbt lg kot...:p

SURIA AMANDA said...

Lisa x pernah buat lagi,time preggy ni doktor akan buat tak? adeh..seram la..

ezan said...

ezan dah buat lepas bersalin sarah dulu. tp lepas bersalinkan marha belum lagi.

x sabar nk tgu entry BAJU ABANG SAYANG tu.. hehehe...

lily azliyana @ mama zara said...

huu..tk pernah buat lagi ujian ni gara2 takut kononnye..tgkla..pas deliver anak 2nd nnti nk kuatkan hati pi buat jugak..penting ujian ni utk org pempuan kan..

mama tisya said...

dh buat aritu tk silap bln 10..pttnye tiap2 thn kena buat..kita last buat time lahir tisya thn 2007

~~@lyci@~~ said...

ET :
wah, best tu.. main buat jerkan..

suria :
rasanya time preggy xbole buat kot.. maybe lepas bersalin baru doktor suruh buat..

ezan :
dah bole buat dah ni..

mama zara :
yup, mmg penting... takutkan kt sbg pompuan bila dgr byk sgt penyakit... cegah lebih baik dr mengubati..

mama_tisya :
yup, at least 2 tahun sekali..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

dah pernah buat B4 this tq untuk info2 ni k

mekchu said...

nak tlg jawab baju abg sayang bleh?? huhuhu..

Anonymous said...

mase buat pap smear ape pakaian pakai

Love Gereen said...

tips berguna..dgr papsemar jer dah ngeri..tp dpat tips ni leh guna..hilang skit nebes sy kalo kena buat nnt.

amei mei said...

Masa sy wat ada darah...mudahan resultnya ok je...takut ni....


Anonymous said...

Aw, thiѕ was a veгy nіcе post. Taking the time and аctual effогt tо make
a reаlly gooԁ article… but what can I
sаy… Ι put thingѕ off а whole lot and never manаgе to gеt anything done.


Fеel freе to νisіt mу wеblog :: cialis

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com