Nuffnang Gadget

January 24, 2011

Aku, Ben Ashaari dan Elee Mardiana ...

harini banyak jumpa tajuk Aku, Ben Ashaari dan Elee Mardiana ni di mana-mana blog.. lepas tu alycia terjahlah Blog Elee Mardiana (yang alycia lebih senang panggil OD) ...alycia lama dah kenal Elee Mardiana ni ... 


OD, izikan alycia kopipes dari Blog OD yer...

-----------------------------------------------------------------------------------------

Mari Beramal Dengan Saya

 

Penderitaan adik Mohd. Shah dan adik Mohd. Hairuman membuatkan saya tak dapat melelapkan mata sehingga kini. Saya sedih, saya menangis dan batin saya menjerit marah. Tetapi apa yang saya rasa, tidak mungkin dapat menyamai penderitaan yang dialami oleh kedua-dua orang adik ini. 

(klik pada nama Adik Mohd. Shah untuk membaca laporan berita)


(klik pada nama Adik Hairuman untuk membaca laporan berita)

Oleh sebab itulah, saya mengambil keputusan untuk menderma seluruh royalti daripada 4 buah novel di bawah kepada adik-adik ini. Dan sumbangan ini berpanjangan. Maksud saya, selagi novel-novel ini dibeli orang, selagi itulah mereka akan menerima royalti tersebut. Ini sajalah yang boleh saya lakukan untuk membantu mereka.

so, apa yang boleh kita lakukan untuk merealisasikan hasrat murni OD ni ...

Untuk merealisasikan niat ini, saya memerlukan bantuan kawan-kawan. Saya berharap kawan-kawan yang masih belum mendapatkan novel saya, sudi-sudikanlah membeli novel-novel di bawah untuk turut beramal bersama saya. Anda akan dapat novel-novel tersebut di samping beramal. Atau bagi yang tidak menggemari tulisan saya, boleh sedekahkan novel-novel yang anda beli kepada rumah anak-anak yatim atau sekolah-sekolah yang serba kekurangan. Buat pengetahuan, royalti itu akan terus diserahkan kepada kedua-dua orang adik ini oleh penerbit saya, Karangkraf. Jadi, anda tidak perlu risau duit derma anda tidak akan sampai ke tangan mereka. 

Jadi, apa kata kawan-kawan semua? Sudi ikut saya beramal untuk meringankan penderitaan adik-adik ini? Minta jasa baik kawan-kawan untuk mengajak kawan-kawan anda yang lain ke blog ini dan beramal. Sumbangan yang akan diberikan, akan dibuat atas nama semua yang sudi mendapatkan novel-novel saya dan juga yang membantu mempromosikan niat saya ini. Ini sajalah yang dapat saya lakukan untuk membalas jasa kalian. Moga ALLAH memberi keberkatan berpanjangan kepada mereka terlibat. Amin. 

Terima kasih, sayang-sayang semua. Moga usaha kita ini akan diberkati ALLAH hendaknya. Amin.


Novel-novel tersebut adalah: 

Galaktika: Azamaris Muncul Kembali 

Galaktika: Bertarung Dengan Akraba

Cinta Seorang Kekasih

Izad Menjejak Buku Slakti

Insya allah OD.. alycia akan dapatkan novel-novel OD ... alycia masih belum baca lagi karya OD... kalau korang tak berminat dengan novel, mari kita sama-sama jayakan usaha murni Elee Mardiana ini dengan buat satu entry untuknya... SATU ajer.. tak banyak...semoga niat murni OD dan semua blogger di sini di rahmati Allah... Amin..

oh ya, Blogger yang mantopppp Ben Ashaari pun ada entry khas pasal ni... klik kat SINI untuk ke entry beliau...


2 yang komen:

© Elee Mardiana said...

Terima kasih, sayang. Lebiu. Mwah.

firahadifa said...

bagus nyer novelis nie ... murni sungguh hatinya..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com