Nuffnang Gadget

January 17, 2011

Pulau Orang Utan ...

okay, lambatnya nak abis entry cuti-cuti Mesia hikkk ... destinasi pertama di Bukit Merah = ke Pulau Orang Utan ... untuk ke Pulau Orang Utan, ada perkhidmatan feri disediakan ... tapi kena ikut turn lah yerkk... kalau ramai orang, memang lambatlah naik feri ... masa perjalanan 30 minit ...

... okay, dah sampai di Pulau Orang Utan ...

Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah yang terletak di Bukit Merah Laketown Resort, Perak adalah satu-satunya pusat pemuliharaan dan penyelidikan Orang Utan ex-situ di dunia, ditubuhkan khusus bagi melindungi spesis itu dari terus diancam kepupusan.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Tan Sri Datuk Mustapha Kamal Abu Bakar, berkata yayasan itu berfungsi sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang bukan sahaja menyediakan khidmat veterinar untuk anak Orang Utan tetapi juga menjalankan kerja penyelidikan dan perubatan veterinar bagi memastikan populasinya dapat dikekalkan.
“Yayasan ini melaksanakan program pembiakan bagi mengekalkan populasi Orang Utan melalui pendekatan ex-situ yang dijalankan selari dengan dasar kerajaan dalam pemuliharaan spesis hidupan liar yang terancam,” katanya.


Tambahnya, Pulau Orang Utan di Bukit Merah ini menyediakan kemudahan terkini seperti infant care unit, khususnya untuk pembangunan dan perkembangan anak Orang Utan selain daripada menjadi pusat rujukan dan penyelidikan Orang Utan di Malaysia yang membabitkan pelatih universiti tempatan selain di Sabah dan Sarawak.

(source : Perak News)

... inilah Sijil Lahir anak orang utan ... inilah yang alycia kata anak orang utan yang nama Adam tu ... tengok nama ibu = Baboon ... nasib tak alycia hihik...

... comeykan anak orang utan ni ... di ditempatkan di ICU ... siap pakai pampers lagi ... ada patung Mr Bean lagi hehe ...

alycia cadang kalau bila-bila pergi lagi alycia nak donate pampers dan patung-patung untuk anak orang utan ni... so comeyy kan...

... ni pulak Adam tengah tekun tengok aksi orang utan ...

... masing-masing tengah tekun tengok anak orang utan tido dalam buai ...

... masa balik ke Bukit Merah ...

okay, tamatlah sudah di Pulau Orang Utan ... now nak berjimba-jimba ... splashhhh splashhh pulak dalam air ...tunggu yer....


6 yang komen:

Farra Dhelina said...

eh surat beranak dia, sebijik mcm manusia pya ye...iskkk...hehehehe comey siap ada patung lagi..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah bestnya pi tengok orang utan, siap ad katil baby lagik ek...

Nana said...

kita ms g sini dlu
damia tido..
smmpai la nk blk
br damia jaga dlm bot hehe
sian damia xdpt tgk org utan
pampes tu mcm damia nye fitti hehehe

LyNn HaMzAh said...

macam best jer...lynn nak pergi la nanti...

Jemari Seni said...

Aloololo comeinyer baby org utan tu...ngape tak kidnap bawak balik seko hehehhehe!

mekchu said...

spalsh splash bunyi nye... (mcm kenal je ayat tu kan)

busuk tak orang utan tu? hehehe... kenapa dia masuk ICU??

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com