Nuffnang Gadget

March 15, 2011

Botol Susu Bayi Polikarbonat Diharamkan ...

Berkuatkuasa 1 Mac 2012, kerajaan mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A, BPA.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pengharaman itu diputuskan jemaah menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu itu adalah selamat untuk digunakan golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat.

Menurut laporan, polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'Bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.
(Sumber : Di SINI)

Korang tau apa itu BPA .. jom, aku baru jer google ni... sebab kadang-kadang benda yang berkaitan dengan kesihatan anak ni kena alert sikit ...

Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

(Sumber : Di SINI)




(Sumber penuh dari KEMENTERIAN KESIHATAN)


Ni antara contoh jenama produk BPA Free

Adam guna botol susu Pigeon... memang serasi sejak dari bayi lagi... kenapa aku guna botol susu Pegeon ni?? sebabnya selain dari Free BPA, aku suka puting botol tu... ada jenis yang tak tumpah... maksudnya takkan ada lah susu menitik dari botol kalau botol tu jatuh or tak ditutup... tapi biasanya aku perhatikan botol susu BPA Free ni mahal sikit kan... macam botol Pigeon tu, yang kecik pun harga dah RM 20++ .. Tu belum campur puting lagi... tapi tak salah kalau kita berbelanja lebih sikit demi kesihatan anak-anak kan.. tak gitu hehe... 

Korang ada pengalaman pasal botol susu Free BPA ni.. jom-jom kita kongsikan sesama kat sini...


a.L.y.C.I.a

11 yang komen:

cantekk said...

erm takde pglmn lagik..

in future lau ada anak, kompom la nk bli botol susu yg mahal.
pasal anak kdua n sterusnya tayah bli lg
=D bole?

~~@lyci@~~ said...

cantek :
haha.. recycle ekkk...

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

betul2..cari yg BPA free..tapi BPA free slalunye dia mahal skit..
xpe la demi si comel kita =)

MaMa CyDa said...

Si kenit Arif mmg aku belikan botol yg BPA free. tp time tuh tak tau menda BPA free tuh, tgk botol dia cam cantik jek tuh yg terus beli. Bleh gitu? :D so lepas tgk berita smlm ptg kang terus aku nak g beli botol Abang Ayie nya yg BPA free jugak. Malam tadik jugak kakak iparku dah selamat mencampakkan bbrp botol susu anak dia yg ader tanda BPA tuh.... hu3 mlm nih aku lak menyusul ngehngehngeh ...

Cute MuM said...

tq kongsi info nie..
balik nie nak check botol susu dania..
padahal ada 3 jer.. hihihi..

Adlin a.k.a Kyra MomS said...

semalam tgk berita TV tu yg tau botol Polikarbonat Diharamkan ...
sib baik kyra guna botol avent mula2 nk beli dulu mmg pk panjang sbb mahal heheh 1 botol dekat 80hengget..tp alhamdulillah botol tu mmg tahan lasak..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

naseb bek memang dari dulu kina bagi adam guna bOtOl Avent. biarla mahal sikit kan...tapi ia berbalOi.

✿ etiey erywan ✿ said...

pelik kan kenapa 2012 baru nak haramkan? eysraf sejak lahir dok guna yg event tuh lah. aritu tingin juga nak tukar ke mam tapi takut dia tak suka puting tu pula

My Aisy said...

asal lah lambat sangat diaorg haramkan ye...em..sib baik guna yg BPA Free nyer...huh...

:: noremy bte rahmat :: said...

BW & folo..

mehla jenguk belog ai..

salam kenal!(^_^)

p/s:takde pengalaman lg...

mekchu said...

masa kat buletin utama mlm hari tu, terpaku sekejap.. dlm hati, tak rugi kalo membeli barang yg mahal untuk keselamatan anak jugak.. botol susu avent yg kecik 4oz dalam Rm40.. dah 2 thn lebih, masih elok bertahan.. elok la amek langkah berjaga2 kan..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com