Nuffnang Gadget

April 20, 2011

Emel 1Malaysia...

malam tadi dengar kat Buletin Utama... PM dah lancarkan emel 1Malaysia... maknanya semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan dapat emel ni... macam-macam sekarang ni kan ...

-------------------------------------------------------------------------------------

PUTRAJAYA: Mulai Julai ini rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan diberikan akaun e-mel peribadi menerusi web portal E-mel 1Malaysia yang membolehkan mereka menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam.
Projek E-mel 1Malaysia (1MY) itu juga bagi mewujudkan perhubungan lebih telus dan selamat rakyat dengan kerajaan, di samping meningkatkan mutu perkhidmatan sektor awam kepada rakyat kerana ia berfungsi sebagai portal sehenti untuk perkhidmatan beberapa agensi kerajaan.
Ia juga akan melengkapi beberapa perkhidmatan dalam talian yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini seperti portal rasmi kerajaan, myGovernment dan portal aplikasi kerajaan elektronik (e-kerajaan), MyEG.


“E-mel 1Malaysia akan menjadi e-mel peribadi rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan kerajaan. Kami sedang meninjau untuk meletakkan notis dan pengumuman penting daripada kerajaan dihantar terus dalam peti e-mel pengguna,” katanya. 

Ditanya mengenai perbezaan portal e-mel 1 Malaysia dengan MyEG, beliau berkata MyEG ditumpukan kepada perkhidmatan pembayaran bil, manakala E-mel 1Malaysia untuk menyampaikan notis dan maklumat kerajaan. 

Beliau menjelaskan, Tricubes kini sedang meninjau beberapa cara untuk menjadikan pendaftaran akaun e-mel berkenaan secara automatik kepada pemegang MyKad berusia 18 tahun ke atas. 

(sumber : Harian Online)

nota kaki : lepas ni poning palo acik nak ingat macam-macam username ngan password... emel yahoo ada, emel gmail ada, ni dah emel 1Malaysia pulak hehe... 

a.L.y.C.I.a 

3 yang komen:

Farra Dhelina said...

wah satu pendekatan yg bagus lah ye..

*biasa kt guna semua pswrd sama je..username pun, dekat2 je..

mummy_ayu said...

tu la..ada gak dgr dalma radio tadi..ama mcm farra..guna username & pw dekat2 jer..senang nak ingat

wan fyewa said...

"hi mommy Alycia..meh la singgah utk Pre-Order Safiyya Spider Denim thai silk awning! ade diskaun taw! "




mcm2 plk psl emel ni kn..tq for this entry, klu x i ketinggalan sb xtgk briter..hihi

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com