Nuffnang Gadget

May 27, 2011

Tahu Tak Pasal Kellie's Castle...

okay... masa entry bekerja sambil jalan-jalan dulu ramai yang tak tau pasal Kellie's Castle, moh alycia cecite kat sini ...

-- Kellie's Castle dari depan --

Sejarah Kellie's Castle

"William Kellie Smith dilahirkan di Dallas, Scotland pada 1 Mac 1870 dan datang ke Malaya ketika berumur 20 tahun untuk mencuba nasib. Kellie adalah nama kepada ibunya. pada 1905, Smith mendirikan kediamannya yang pertama , Kellas House. Pada 1909, batu asas istana kedua didirikan sebagai simbol keagungannya, Beliau menggunakan khidmat 70 orang pekerja yang kebanyakannya dari Madras. Tetapi semasa pembinaannya satu tragedi menimpa dan mengorbankan ramai pekerja Smith. Mengikut kepercayaang kaum India kuil harus dibina bagi mententeramkan tuhan mereka. Dalam kunjungan ke Lisbon, Portugal semasa berumur 56 tahun, Smith diserang penyakit Pneuminia dan meniggal dunia. Kerja-kerja terhenti pada Disember 1926 akibat kematiannya. Isterinya menjual semua hartanya di Malaya dan dengan peredaran waktu, istana ini kemudiaanya bersemadi dalam kenangan. Walau bagaimanapun, istana ini tidak dapat disiapkan. Hari ini penemuan semua istana yang dikenal sebagai Kellie's Castle, masih tegap berdiri teguh walaupun telah dimakan usia."

Di mana letaknya ?

Istana Kellie atau Kellie's Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (Folly Kellie) ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.


Cara nak ke sana ?

Jika anda dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan, anda perlu keluar di Plaza Tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.


ya, itulah serba-sedikit info pasal Kellie's Castle ... Alycia pun tak pernah tau sebelum ni... tapi pengalaman Alycia masuk dalam tu memang macam seram skit... sebab tu Alycia tak berani ambik gambar kat dalam istana tu... aku kan penakut huhu... tetiba kang ada lak nampak benda lain hehe... tak tau lah perasaan ke apa... tapi senibina bangunan memang menarik...

-- inilah gambar dalam istana tu... ni pun suruh member jadi model --

-- ni pemandangan tepi Kelli's Castle --

tapi Alycia macam pernah nampak gambar istana ni dalam kamera en ajip... balik-balik tanya kat en ajip, papa dulu masa pergi Ipoh shoot wedding kat Kellie's Castle ker... en ajip kata haah... oooo, patut la... memang cantik...

-- gambar promotion pakej perkahwinan en ajip... yang pengantin posing kat bawah tulah posing kat Kellie's Castle --

notakaki : eh korang, kat Kellie's Castle ni pun kat ada satu pokok yang nama dia pokok beruang... korang pernah tengok tak.. okay-okay, nanti citer ekk... kasi saspen skittt hehe..

a.L.y.C.I.a

3 yang komen:

Nana said...

pernah lalu je
tgk dari jalan pon seram je

si tuan putri kiUt said...

tempat ni kan mmg teringin sgt2 nak pergii tauuu hehehehe...

[-suziey-] said...

ooo alkisah..buat shooting laawa ni..heeh

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com