Nuffnang Gadget

June 16, 2011

Ariani Vs Fareeda...

sejak dua menjak ni nampak Ibu Damia a.k.a Ayu banyak tunjukkan koleksi Tudung Fareeda dia.. memang jeles sebab dah banyak dah koleksi Ayu... Alycia tudung Fareeda baru ada 2 helai, tu pun beli masa nak masuk peraduan Model Tudung Fareeda tu... tapi takde rezeki terpilih hehe... tapi dalam usaha nak tambah koleksi lagi ni...

sebelum beli Tudung Fareeda, alycia memang peminat Tudung Ariani... banyak koleksi tudung Ariani yang Alycia ada...

Antaranya :






Ini lah antara koleksi Tudung Ariani yang alycia ada.. tapi banyak lagi, malas nak godek carik picca hehe...

okay, apa beza antara tudung Ariani dan Fareeda... which one you prefer...

okay, bagi diri Alycia sendiri yang dah pakai dua-dua, memang ada bezanya... bagi sesiapa yang minat dengan kain tudung jenis lycra, maksudnya macam bergetah tu, better pilih Ariani... sebab kain Ariani sedap pakai, terletak, awning pun kemas... berapa harga untuk tudung jenis kain lycra ni... biasanya antara RM 50 - RM100 macam tu... tapi kalau tengah ada sales lagi murah... biasa Ariani buat bundle, 3 helai RM 120 macam tu... Alycia memang ada kad Gold Ariani.. so, akan tambah less lagi 5%...

kalau sesiapa yang minat dengan kain lace (kain yang jarang tu), better pilih Fareeda... sebab kain dia selesa sangat... lepas tu terletak... awning pun kemas dan sedap dipakai... Fareeda memang popular dengan jenis kain lace ni... harga antara RM 100 - RM 170...  tapi memang selesa... siyes Alycia cakap... kalau ada sales, akan ada discount dalam 30% macam tu... so, dapat lah dalam RM 80... lagi yang bestnya kat Fareeda, kita boleh try, pastu kat kedai tu jugak boleh kecikkan kat bawah dagu tu... maksudnya kalau tak nak pakai brooch pun dah okay...

-- ni tudung Fareeda 3 layer... Harga lepas less = RM 100 --

notakakitangan : harap tips ni dapat membantu sesiapa yang sedang berkira-kira nak cuba Ariani @ Fareeda... tepuk dada tanya selera ...

a.L.y.C.I.a

5 yang komen:

MrS. F!zA said...

baru ni ada les 30% rege tudung tggl rm70 je..hihihi smpat rembat 2 helai

mizz-siti said...

zur, kt sini mana ada kedai fareeda? Ariani kalau nak gold card tu kena beli berapa RM?

Zue AnnaLeeya said...

tudung fareeda akak xde lagik...
tp ariani adalah..
ariani mmg best pakai sbb terletak jer kan???

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

perh mahal giler, kita tak pernah beli selalu tudung paling mahal pun RM30 arianai ke fareeda ke memang tak de lom terbukak lagi hati nak beli, tapi alycia pakai ape pun memang lawan k

LYAfrina said...

xpernah pakai tudung fareeda.. tp tgk zalia pakai dlm asmara mmg nmpak cun..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com