Nuffnang Gadget

June 21, 2011

BERSALAM Untuk Panjang Umur...

Amalan bersalam atau berjabat tangan merupakan satu tradisi masyarakat Melayu saat menyambut perayaan. Kajian di England menunjukkan amalan berjabat tangan dengan erat dapat memanjangkan umur. Penelitian Dewan Penelitian Perubatan mendapati kebanyakan warga England yang menjadikan berjabat tangan sebagai amalan hidup memilki usia yang lebih panjang. Diketuai oleh Rachel Cooper dari Bahagian Kesihatan Abadi dan Penuaan, sebanyak 33 kajian telah dilakukan berhubung dengan perkara tersebut.

Hasilnya, para peneliti mendapati bahawa individu yang bersalam dengan erat lebih panjang umur berbanding individu yang bersalam tanpa menggenggam kuat tangan yang dijabat. Malah angka kematian bagi individu bersalam tanpa genggaman tangan yang kuat mencatatkan 67 % lebih tinggi berbanding individu yang bersalam dengan erat.

(Sumber : Majalah Harmoni)

-- model bersalam dengan erat hehe --

notakakitangan : lepas ni kenalah salam tangan, genggam erat-erat... kalau orang tanya kenapa, cakap nak panjang umur hehe... ajal maut semua ketentuanNya kan...

a.L.y.C.I.a

5 yang komen:

ezan said...

hehehe.. nota kaki tu sgt best. ok lepas ni ezan salam erat2.. :P

eB ezrin said...

ooo ye ker? tq yer :)

damha said...

berslm mengeratkan ukhwah silaturrahim sesama kita...bila kita bersalam tentu mulut akan tersenyum lebar...hati terasa tenang n sayu...saling mendoakan kesejahteraan masing2...

♥MiZz-siHa♥ said...

salam bnyk2 pas nie...hehehe

Mama Gee said...

lepas ni nk jalan round opis nk salam semua kawan2 perempuan lah... hehe :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com