Nuffnang Gadget

July 8, 2011

Sabah : Ala-ala New Zealand...

destinasi seterusnya kami menuju ke Pekan Kundasang... di sinilah nadi utama bandar Kundasang... rata-rata penduduk Kundasang menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan... kalau lalu kat pekan tu, penuh dengan lori-lori angkut sayur... kiri kanan orang jual sayur... mesti sayur murah kat sana kan... dan lagi satu, kat sini lah boleh tengok rumah dibina di lereng-lereng bukit... macam lukisan...


masa lalu tu siap berhenti lagi tanya orang kat situ "encik, ladang lembu kat mana..." pastu pakcik tu jawab "oh, depan lagi bah.." adoi, jauh jugak nak pergi ladang lembu ni... buat apa pulak kat ladang lembu... sebenarnya Suziey & Nana yang dah pernah pergi kata kalau pergi ladang lembu ni rasa ala-ala kat New Zealand... nama ladang lembu ni Desa Cattle ... tempat ternakan lembu tompok-tompok putih macam kat New Zealand tu... 

-- see see... macam New Zealand tak... cuma lembu tu jauh sangat... tak dapat ambik gambar dekat --

masuk ke sini dikenakan bayar RM 3/person... boleh masuk bila-bila untuk rasai suasana sebenar di ladang lembu, berlatar belakang Gunung Kinabalu... dengan rumput-rumput yang menghijau... cuma tak dapat nak tengok proses perah susu sebab masa perah susu pukul 3.00 pagi dan 3.00 petang sahaja...

jom lah layan piccas... maklum lah, lakiku nak dapatkan gambar-gambar terbaik dari ladang... terpaksa lah bini dia jadi model tak berbayar hehe...

-- oh, like this picca... sebab latar belakang yang cantik --

-- ni sebanarnya laluan lembu bahh... sempat pulak kau berposing Alycia yer --

-- seronoknya dapat berposing berdua camni hikhik .. romantikkk aww --

-- inilah tempat perah susu tu --

-- nak jugak jadi model susu hehe... tapi memang sedap susu dia ... manis lagi ... kami beli 3 kotak, nanti kat hotel boleh minum --

sebelum keluar dari sini, singgah jap kat batu tempat Nana berposing... tapi kami tak bawak tripod, so terpaksalah gilir-gilir posing dengan Adam...

-- mama & Adam --

-- papa & Adam pulak --

pasni kita jalan-jalan lagi.. tak habis lagi tour kat Kundasang bahh... 
jangan korang muntah hijau pasni dah lah yer ekekeke...

a.L.y.C.I.a

8 yang komen:

PinKy MoMMa said...

serioussss cantik lar view tu ;)
owh suka..
bila la ada rzeki nak ke sana ye..
teringin pulak hehehe

Mama Gee said...

lawaaaaa....mesti tenang je kat ctu kan....

MrS. F!zA said...

cantik! suka view yg alycia kt pagar tu..

mummy_ayu said...

memang cantik view kat situ..harus la posing2..

Nana said...

heheeh terkonang2 la plak
rindu nye kat desa cattle
mmg cantik suke gambar alycia kt pagar tu
nampak gunung lawa!

mekchu said...

kalo itirinary mcm gini, proposed kat papa-jit ada peluang suksessss ni.. mcm ni la best, lain dari lain :)

ladang lembu tu dapat markah lebih..

CIK JATT said...

cantik! i pergi Sabah hari tu tak pergi pun tmpt nih. tak tau pun ada tmpt ni

tiefazatie said...

best kan sis..cantik kan2..hee..rindu!

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com