Nuffnang Gadget

July 15, 2011

Sabah : Island Tour...

hari ke-3 di Sabah adalah hari untuk jelajah ke pulau....
sebelum tu en ajip dah deal dengan travel agen...
so, kami telah memilih untuk tour ke 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Malukan dan Pulau Mamutik... setelah berbincang, pakej yang ditawarkan adalah sebanyak RM 120.00 untuk 2 orang di mana bot khas telah disediakan untuk kami...

servis yang dicaj untuk pakej tu :
- caj ke 3 pulau (Sapi, Malukan, Mamutik)
- 2 snorkling set
- caj ambik dari hotel & hantar semula ke hotel

so, pukul 9.00 pagi kami dah tunggu kat hotel dan terus di bawa ke Jessolton Point (jety untuk ke Pulau)... 

-- picca ni gelap skit sebab time ni pukul 9.00 pagi, tapi matahari dah terik --

-- pemandangan di Jesselton Point... sibuk dengan bot-bot bawa pelancong ke pulau --

-- dah bersedia kat dalam bot ... tengok Adam, siap nak bawak bola lagi tu beli kat jeti --

-- kat dalam bot --

agen kami telah menetapkan akan turunkan kat Pulau Sapi dulu sampai pukul 12.00 tengahari... maknanya 2 jam lebih kat situ... kenapa pilih Pulau Sapi... sebabnya Pulau Sapi adalah sesuai untuk aktivit mandi-manda dan snorkeling sebab keadaan pantai yang cetek... lagipun kat sini tak ramai pelancong... kalau di Pulau Malukan dah tak best sangat sebab dah ramai sangat pelancong... ini yang disajes kan oleh agen kami...

-- Pulau Sapi dari lensa en ajip --

-- dah sampai kat Pulau Sapi... Adam tengah leka tengok fish tu --

okay, tips yang sempat kami baca dari Nana dan Suziey yang dah ke sini, better tapau makanan & minuman sebelum ke pulau sebab harga kat pulau memang mahal... lagi 1, bawak duit extra sebab nak bayar untuk marine tax (RM 3/person)... marine tax ni boleh guna untuk 3 pulau... sekali bayar jer... pastu macam kalau duduk lama kat pulau sewa tikar untuk rehat-rehat... harga sewa tikar RM 5.00....

masa kami sampai kat sini memang panas... baru pukul 9.00 lebih pun tapi dah panas macam pukul 12.00... maunya tak hitam mandi lama-lama kat situ... pastu Adam takmo naik, asyik nak mandi jer... kenalah Alycia gilir-gilir dengan en ajip bawak Adam mandi sambil snorkling...

-- Adam yang dah tukar uniform dan ready nak mandi --

-- yeahhh, sukanya Adam ngan papa nak mandi sambil snorkeling --

-- Adam snorkeling dengan papa... seronok Adam tengok banyak fish --

-- snorkling dengan mama pulak... tapi mama tak pandai nak snorkling hehe --

-- picca family kat Pulau Sapi --

dekat-dekat pukul 12.00 tengahari dah tunggu kat jeti... jap lagi bot sampai... 

pasni ke Pulau Malukan pulak yer...

a.L.y.C.I.a

8 yang komen:

My Aisy said...

wah jernihnyer air dia...best2...mesti seronok tak hingat klu mandi air camnih...tu yg adam tak nak naik tu...

tiefazatie said...

alo..bestnya!rindu eh!ble la nk dtg lepak sana lg..hihi

CIK JATT said...

wah. cantiknya! suka tgk alycia n family. nampak sangat enjoy

mekchu said...

entry sabah tak habis lagi, nak kena siapkan entry penguin gambang pulak.. hambekkk...

mekchu said...

ehhh.. lupa, jgn lupa amek gambar ngan ikan muntah.. asal usul cerita mi-cah sayang mama banyak mcm air ikan muntah :)

alamak, ntah baca ntah tidak komen ni.. ntah2 dah balik baru baca.. x sempat nak pesan..

cantekk said...

conoknye....

t da kawen suh laki kita bawak g jalan sabah la... panjat gunung skali..

ermm

Nana said...

heheh mmg kena tapau makanan sebab mahai kt pulau tu
ktorg g satu pulau je
manukan je

aziah said...

salam, bleh saya mintak contact detail company yg buat tour tuh please? Thanks!

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com