Nuffnang Gadget

August 26, 2011

Raya Di Mana Tahun Ni....

 harini last day Alycia bekerja... next wik dah start cuti dah seminggu.... lama betul rasanya dapat bercuti... dapat beraya bersama family... korang beraya kat mana tahun ni... Alycia tahun ni giliran beraya kat rumah mertua di Kuala Pilah, Negeri Sembilan... sudah 4 tahun kami beraya bersama... memang sistem giliran ni lah yang dipraktikkan hehe... tak dapek nak gadoh-gadoh manja nak raya kampung saya la... even kami dua-dua pun dari negeri yang sama, tapi tetap amalkan sistem giliran... dah termaktub masa mula-mula nikah dulu hehe....

lagipun tahun ni adalah tahun pertama arwah ayah mertua takde... memang timing pun cantik jugak tahun ni raya kat rumah en ajip... dapat lah kami kumpul adik-beradik menziarahi kubur arwah ayah mertua... ayah mertua Alycia bulan 10 tahun lepas meninggal... tak sampai setahun lagipun...

Raya ke-3 mungkin akan balik rumah nenek belah mak Alycia di Gemencheh... dan raya ke-4 kami akan beraya di Mantin, Negeri Sembilan.... akan berada kat sana sampai habis cuti nanti... kat sana nanti baru dapat menziarah kubur arwah ayah Alycia yang 7 tahun pergi meninggalkan kami... memang tiap-tiap tahun akan melawat kubur arwah ayah... lain sangat rasanya sejak arwah ayah takde... isk isk isk...

Alfatihah untuk kedua-dua arwah ayah... semoga roh mereka ditempatkan dikalangan golongan yang beriman... Amin...

kepada kawan-kawan yang nak pulang ke kampung tu, hati-hati di jalan raya... semogo kita dapat menyambut lebaran dengan insan-insan yang kita sayang...

kalau ada yang berada di Kuala Pilah, Mantin dan Putrajaya tu, boleh calling-calling Alycia... mana tau raya ni dapat pulak beraya dengan blogger-blogger kan hehe...

Selamat Hari Raya semua ;)

-- picca sekadar hiasan ... nak ambik mood raya ni hehe --

a.L.y.C.I.a

8 yang komen:

AYuNG said...

ayung area mantin..hehe, nti ada rezeki leh la jumpa kot..:)

selamat ari raya alycia..
maaf zahir dan batin:)

mamaacha said...

raya sg besar dulu..2nd day baru balik my kg kat Tangkak

Qaseh said...

selamat hari raya dan selamat balik kg dgn selamat

Syima ~Mama Kyra~ said...

eh sama negeri plak kita eh...hehe
syima blk kg mertua kat Rembau..raya ke-2 balik segamat kg nenek belah mak :)

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

raya kat k.trg pagi raya,
pastu baru gerak ke umah MIL kat kemaman..

heheh, takde sistem giliran..
asben phm, kite adikbadik sket.. die ramai, leh hiburkan ati parents..
kalo kite takde, takde org la kat umah mak kite..
lgpun, umah mak v/s MIL dlm 2 jam 30 min aje.. sempatt.. =)

mekchu said...

entry tu mcm utk aku je.. ke aku yg terasa? hahaha..

aku ptg raya pertama balik pilah sampai raya ke berapa tak pasti.. bergantung pada keadaan.. mungkin lama mungkin kejap sebab mau beraya kat rumah sendiri.. kesian dgn rumah tu..

mummy_ayu said...

oooo..insyallah..nanti Alycia tinggalkan no phone kat komen box ayu.Ayu takkan publish pun...nanti senang nak roger2..

zh-ena said...

berhati0hati blk ke kg nnti alycia

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com