Nuffnang Gadget

August 3, 2011

Sabah : Beautiful Fountain...

sedar tak sedar... dah 3 hari kami di Sabah... sehari di Kundasang & 2 hari di KK... dan malam ni adalah malam terakhir kami kat sini... lepas balik dari menjelajah pualu petang tu, Adam yang tertido kat dalam bot terus tak bangun-bangun sampai lah kat bilik hotel... so, petang tu aktivit merehatkan badan kat bilik hotel jer... en ajip pulak petang tu ada projek jumpa member photogh dia kat sini... biarkan lah dia dengan aktiviti dia.. aktiviti kami tido kat dalam bilik...

malam tu, member en ajip bawak jalan-jalan kat bandar KK ... dia kata nak tengok beautiful fountain tak?? kami lagi lah tak tau, ikut jer... dia bawak kami kat satu tempat nama dia Perdana Park (dekat jer dengan airport)... kat sini lah orang datang malam-malam ramai-ramai nak tengok beautiful fountain... 

memula macam pelik jer nape pulak bawak kat sini... tepat jam 7.00 malam tetiba keluar lagu 1 Malaysia... terkejut acikkk... pastu terus nampak air pancut tiba-tiba tukar kaler... macam magic pulak... ooooo, itulah yang dinamakam beautiful fountain... beautiful fountain ni sebenarnya air pancut yang ada cahaya laser... air pancut ni akan menari-nari ikut lagu-lagu yang dimainkan... kalerful lagi... memang teruja ahkak dik nonnn...





tengok... macam-macam kaler kan air pancut ni... kalau korang datang KK jangan lupa singgah kat Perdana Park... bole tengok beautiful fountain... show start pukul 7.00 malam setiap 30 minit sampai pukul 9.00 malam... setiap show ambik masa 15 minit.... alycia tak dapat nak ambik gambar sangat kat sini sebab en ajip tak bawak kamera besar dia (tak plan pun sebenarnya nak ke sini).... pastu kamera kompak Alycia pulak dah tinggal nyawa-nyawa ikan aje bateri... adam punya pasal lah ni asyik berangan nak jadi photogh macam papa... so, ini jerlah picca yang dapat di tangkap...

-- tengoklah betapa terujanya Adam tengok air pancut kaler-kaler ni...

korang perasan tak Adam pakai baju Ipin Ipin tu... sebenarnya ada cerita baju tu... masa jalan-jalan kat Pasar Malam kat depan hotel, nak belikan Adam t-shirt Sabah... yang ada orang utan tu... sekali dia tak nak.... siap nangis-nangis tak nakkk... dia nampak baju Ipin Ipin kat situ... alahai Adam, baju Upin Ipin kat mana-mana pun ada nak oiiiiii... siap kat situ jugak suruh pakaikan huhu... Adam adam...

lepas tengok beautiful fountain teruslah kami pergi makan malam... lokasi masih sama di pasar malam kat Pasar Philipine tu... kedai seafood yang sama jugak... tapi kali ni ambik udang, sotong yang kecik-kecik jer... sekali kena RM 64.00 ... okay lah dari RM 93.00 semalam tu hehe..

okay, pasni entry last kat Sabah...
dah nak balik dah huhu... sedihnya...

a.L.y.C.I.a

7 yang komen:

PinKy MoMMa said...

meriah juga sabah di malam ari kan..
aduh teringin la nak pegi sana makan seafood..aih bila la dpt jejakkan kaki ni ;)

Adlin✿Kyra♥Kyreen Moms✿ said...

kena kumpul RM ni nk jejakkan kai kat sana huhuhu teringginnyeee

Nana said...

wah benzye
nape xtau pon tmpt ni hee

cik tikah said...

nice! :)

eB ezrin said...

eB suker musical faountai. tapi kat mines sini dh sumram.. hu3

mekchu said...

tak habis lagi rupanya.... hahahaha...

tgk kat utiub je air pancut menari2 mcm tu.. blom pernah tgk sendiri :((

Far8 budak baik said...

sy org duduk sabah
lama dahh..
sekali pun tak penah pi
tmpt ni..
hahahaha

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com