Nuffnang Gadget

October 7, 2011

Feveret Adam Sekarang...

sekarang ni kan feveret Adam suka sangat dengan buku yang ada sticker.... pergilah kat mana-mana... pasar malam ke... kedai mapley kat bawah rumah tu ker... shoping complex ker... kalau dia nampak buku yang ada sticker ni, kalau tak beli komfem akan buat aksi baring-baring kat lantai... nasib lah buku camtu murah jer kalau beli banyak-banyak kat pasar malam... 1 = 3.90 , 3 = 10.00 hinggit... 

-- macam-macam buku sticker Adam ada ... Upin Ipin, Barney, Mickey Mouse, Cars... cakap jer, smua dia tau watak kartun apa --

nasib jugaklah sticker tu dia tak tampal kat dinding jadi mural macam kat tadika... nasib dia jenis tarik sticker tu, pastu tampal kat buku tu balik.... paling tak pun, dia tampal kat beskal dia... fuh legaaaa...

-- tengah khusyuk menampal --

tadi Alycia try search en google untuk melihat perkembangan anak di usia 2 - 3 tahun ... ini yang Alycia jumpa...

1. Membuka dan menutup pintu dengan baik.
2. Berlari dengan baik.
3. Memanjat dengan baik.
4. Menuruni anak tangga satu demi satu dengan kaki yang sama secara perlahan-lahan.
5. Dapat menyusun benda lebih tinggi (6 benda atau lebih)
6. Menggunakan pensil warna untuk membuat tulisan cakar ayam.
7. Dapat melipat kertas bila ditunjukkan terlebih dahulu.8. Mencuba untuk memakai baju sendiri.9. Mengunakan dua patah perkataan atau lebih ketika bercakap.10. Suka dengan buku atau cerita bergambar.11. Boleh melompat dari tempat yang lebih tinggi ke tempat yang lebih rendah.12. Aktif dalam permainan.13. Boleh menghabiskan permainan dengan baik.14. Boleh menghafal nama dengan lengkap.15. Tahu jantina16. Tahu berapa umurnya bita ditanya.17. Dapat meniru tingkah laku dan suara18. Boleh berdiri di atas satu kaki untuk beberapa saat dengan baik.19. Memahami konsep sederhana (contohnya atas atau bawah, panas atau sejuk, kecil atau besar, buka atau tutup)20. Boleh bermain dalam permainan yang melibatkan konsentrasi (contoh bermain dengan lego).
(sumber : di SINI)

tengok kat no. 10 tu - suka dengan buku dan cerita bergambar...


tak kisah lah dia suka buku ... sebab memang Alycia ajar dari kecik belikan dia buku... buku kaler, buku cerita... berhabis duit beli buku pun takpe... asalkan bukan dengan benda-benda tak berfaedah...

perkembangan terkini Adam :
oh ya... harini Alycia cuti jaga Adam kat rumah... perkembangan terkini Adam setelah 5 hari diserang HFMD (tangan, kaki dan mulut) ... semalam Adam dah menunjukkan perkembangan nak minum susu... Alhamdulilah, dah 5 hari Adam tak nak minum susu... semoga kesihatan Adam bertambah-tambah baik lagi... Amin..

 a.L.y.C.I.a

7 yang komen:

syawalsimpsons said...

dah besar adam...adam dah baik ke

eB ezrin said...

bijakkkkkkkkkk bijakkkkkkkk :)

Nad @ MamaZakwan said...

naseb baik la tak buat sticker tu cam wallpaper, hehehe...gud boy adam ni

alhamdilillah, adam beransur sehat..
mesti badan die susut sket lama tak minum susu, huhu!

Cho Zila said...

husband akak selalu bising sbbnyer akak selalu ngat belikan buku memang sejak dari budak2tu kecik sangat.. tapi entahler hati akak bahagia kalau dapat belikan buku...

zh-ena said...

ena selalu beli di pasar jea sbb beli 3 cuma rm10 jea..jimat duit

mekchu said...

fuhhh ke 20 doploh tu mmg telah menampak kan buktinya.. hehehe..

mesti susut badan dadam ni kan.. 5 hari tak menyusu..

Nana said...

heheh adam sama ngan damia
suka sgt buku2 stickr ni
asal nmpk kt kedai
suh bli

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com