Nuffnang Gadget

October 5, 2011

Terima Kasih Smua Yang Doakan Adam...

terlebih dahulu Alycia nak ucapkan terima kasih pada smua yang doakan kesihatan Adam... semalam turn Alycia pulak duduk kat rumah jaga Adam... so, condition Adam semalam dah bertambah baik... demam dah takde, cuma masih takde selera makan... 

okay, sebelum tu Alycia nak cerita macam mana Adam boleh kena HFMD (tangan, kaki dan mulut) ni... memang kami sendiri pun tak tau dari mana Adam boleh berjangkit... sebab budak-budak yang kat rumah pengasuh takde pulak tanda-tanda kena penyakit ni...

Adam start demam hari Jumaat petang... masa ambik Adam kat rumah ibu petang tu, ibu cakap Adam demam... dia dah bagi makan ubat dah (anak dia punya)... so, malam tu Adam demam balik... dan Alycia bagi makan ubat demam macam biasa... pagi Sabtu tu, bangun tido Adam mengadu sakit kat mulut... dia cakap mulut dia sakit... suruh bukak mulut tengok kat lidah dia ada ulser... badan dia pun panas jugak... pagi tu bagi ubat demam... dan dalam pukul 11.00 macam tu Alycia balik kampung Alycia sebab ada kenduri kawin... on da way balik dari kenduri, terus singgah klinik... masa tu panas Adam dalam 38.8... terus doktor bagi ubat demam, antibiotik dan ubat untuk ulser dalam mulut... tapi start hari Sabtu tu Adam dah memang takde selera makan... makan tak nak... minum susu tak nak... asyik nangis jer cakap mulut dia sakit... sampaikan malam tu dia ngadu sakit perut pulak sebab tak makan... paksa minum susu pun dia tak nak.. puas lah picit susu tu guna jep... barulah masuk susu sikit dalam mulut....

hari Ahad pun macam tu... bila dia btul-btul lapar... baru dia nak makan... tu pun sikit... pastu nangis lagi sakit mulut... nasib dia nak minum air... tapi takmo air putih... nak air ribena.... itu jerlah yang bagi tenaga kat Adam sebab dia takmo makan & minum susu...

hari Isnin Alycia hantar Adam macam biasa rumah pengasuh.... sebab Adam dah tak demam dah... sebab Alycia rasa bila dengan pengasuh ni dia nak makan... sebab bila dengan mama sendiri dia ngada-ngada lebih skit... betul, memang pengasuh kata Adam nak makan sikit... pastu bila Alycia sampai opis, pengasuh sms kata Adam ada tanda-tanda kena HFMD... sebab ada bintik-bintik kat kaki... terus cakap dengan en ajip... kebetulan Alycia pagi tu kena masuk opis sebab nak siapkan dokumen untuk miting petang... mujurlah en ajip dapat apply cuti, terus hantar Adam ke klinik... dan sah, Adam kena HFMD... dan doktor suruh kuarantin Adam kat rumah dalam tempoh seminggu... tak boleh hantar rumah pengasuh, sebab takut berjangkit kat budak lain...

-- macam ni lah keadaan Adam masa hari pertama (hari Isnin)... dia banyak tido... baru main kejap, pastu baring tido --

-- nampak tak bintik-bintik merah kat tapak kaki Adam.. tapi tak banyak --

dan semalam masa Alycia jaga Adam kat rumah... memang Adam tak nak makan... masakkan sup dia sebab dia suka makan sup dengan carrot... masih takmo makan jugak... hati ibu mana yang tahan tengok anak macam tu kan... tiap kali sembahyang tu doa semoga Adam cepat sembuh, ada selera nak makan... betullah orang kata, doa ibu tu Allah makbulkan cepatkan... petang semalam, Adam terus berselera makam macam biasa... beriya-iya dia makan mi sup yang Alycia masakkan... bergenang air mata tengok dia makam macam tu... sebab dah 3 hari dia tak makan banyak macam tu...

-- Adam makan petang semalam.... semoga Adam cepat sembuh yer sayang --

-- feveret food Adam... mi sup... lagi-lagi ada carrot... lagi dia nak makan --

harini turn en ajip pulak jaga Adam... pagi tadi dah masakkan dia nasi goreng... harap-harap Adam akan terus berselera makan... dan mama doakan Adam cepat sembuh... boleh makan banyak-banyak... minum susu banyak-banyak macam selalu...

 a.L.y.C.I.a

9 yang komen:

syawalsimpsons said...

yee adam best...adam cepat sihat tau...

mummy_ayu said...

ibu mana yg tak risau bila naka sakit....apa pun good boy la adam..makan banyak2 tau, makan ubat..leh baik cepat..

Nad @ MamaZakwan said...

ya Allah, kite baru tau ni..
moga adam btul2 sembuh seperti sedia kala...
ksiannya kat die...

eB ezrin said...

maknanyer x der sbb la yer? kena g2 jerk? alahai....
get well soon adam.... tq 4 sharing. baru tau nih tanda2 dier

Golden Rose said...

Alhamdulillah...lega je tengok anak sihat

PinKy MoMMa said...

kesian dadam..memang ibu kalau tengok anak tak slera makan dah ssh hati kan...

hope dadam kuat dan cepat baik ya..rindu nak tengok senyuman comel dia :)

Zue AnnaLeeya said...

biler anak tak sihat, mmg kita xleh nak duk diam kan???
nak wat keje pon xleh..
asyik tingat anak jerk...

dadam dah selera mkn tuh kira ok sket...
snang ati kan???
smoga dadam cpt smbuh...

My Aisy said...

alhamdulillah adam dah sihat...

mekchu said...

boboiboi dah kembali sihat.. lega dengar.. nasib dapat detect awal dan boleh recover awal.. tak pe la zura, cuti demi jaga anak.. ko kat opis pun bukan bleh wat keje.. asyik teringat anak kat umah..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com