Nuffnang Gadget

November 11, 2011

Sabah : Entry Penutup...

ohhhh.. setelah berkurun lamanya, baru Alycia perasan rupa-rupanya kisah percutian kami ke Sabah dulu tiada penghujungnya... takde penutup... kalau takde penutup ni ibarat makan nasi tak kenyang... mandi tak basah haha... nak-nak dah hujung tahun, musim cuti sekolah ni... rasanya lebih sesuai kot untuk dijadikan sebagai penutup haha....

okay, ni memang entry penutup percutian kami kat Sabah dulu...
siapa yang terlepas cerita @ dah tak ingat tu jangan risau.. nanti Alycia bagitau cara macam mana nak recall balik... kasi acik khatamkan entry ni dulu yer...

hari ke-4 kami di Sabah, bumi Sabah dilimpahi hujan... mungkin hujan rahmat seolah-olah mengerti akan hari terakhir kami... ceh, ayat tak agak-agak haha... diam-diam... Alycia nak citer ni... rasa berat pulak hati nak tinggalkan Sabah huhu... seronok sangat bercuti selama 4 hari di tempat orang... ala-ala cuti kat oversea gitu... flight kami pukul 10.35 pagi... so, kami kena bertolak dari hotel pagi-pagi dalam pukul 9.00 macam tu... lepas bersiap, kami terus bersarapan (kat sebelah hotel jer)... lepas tu terus check-out... 

oh ya, Alycia menginap di Degalleria Hotel, Kota Kinabalu...
hotel ni memang betul-betul kat tengah bandar KK...
betul-betul mengadap pasar malam Kampung Air tu...

-- inilah rupa bilik yang kami book ... Deluxe Room (Queen) ... gambar ni pinjam kat en google --

-- bergambar kenangan di lobi hotel --

kami sampai di airport lebih kurang pukul 9.30 pagi macam tu... hujan masih lagi lebat... tapi perjalanan harus diteruskan ... rasa tak sabar-sabar pulak nak sampai ke Semenanjung...

-- pemandangan di luar airport ... landasan pun basah lagi --

-- bergambar di ruang menunggu sementara nak naik flight --

masuk jer kat dalam flight... terus tido...
Adam pun tido... sejukkk ... penat... smua ada...

dalam 1 jam perjalanan, tengok kat luar dah terang...
dah panas...

-- Adam sedang leka tengok kat luar --

nak tau dia tengok apa???
;
;
;


awan nano-nano Adam cakap... haha...
pandai pulak dia sebut awan nano-nano... sampai sekarang bila nampak kapal terbang, mesti Adam cakap eroplane nak pergi kat awan nano-nano... comey...

akhirnya, kami sampai dengan selamat ke LCCT...
home sweet home...

ok, kat sini Alycia nak listkan beberapa info penting bagi korang yang bercadang nak berkunjung ke Sabah...

  1. Penginapan Alycia di Kundasang adalah di J. Residence - Twin Sharing (2 singgle bed) = RM 80.00/night
  2. Penginapan di KK adalah di Degalleria Hotel - Deluxe Room (Queen) = RM 118.00 /night
  3. Contact person untuk mendapatkan kereta sewa di KK - Ms Emma ( emma@mysticborneo.com or call her at +60128385168)
bagi korang yang terlepas cerita / nak review semula pasal percutian Alycia ke Sabah, Alycia dah sediakan satu ruangan khas kat blog Alycia kat sebelah kanan... korang carik ruangan Travel Log...

-- kat sini semua kisah percutian... jalan-jalan Alycia dan family .. boleh jadi panduan --

sebelum Alycia tamatkan entry Sabah ni... imbau balik kenangan percutian ke sabah... so sweet memories !!

-- kenangan di bumi Kundasang --

-- berlatar belakangkan Gunung Kinabalu --

-- mengembara ke ladang lembu ala-ala New Zealand --

-- berjemuran di pulau-pulau cantik di Sabah --

sehingga ketemu lagi...
daaaaaaaaaaaaaaa....


8 yang komen:

eB ezrin said...

tq dear, sgt2 tringin nk pegi... nanti eB jenguk blog u sbelom ker saner.. xoxo :)

PinKy MoMMa said...

paling suka tempat yang alycia pegi minum susu ala ala perantauan tu hehehe..sgt cantik!

Adlin✿Kyra♥Kyreen Moms✿ said...

semua opic cantik la b...

bila la nk jejak kaki kat situ hehehe

Anonymous said...

Salam nk tny hotel degalleria tu ada bathtub tak?anak suka berkubang dalam air.nk bwk ke pool omaknya malas.hehehhe..tq

Nad @ MamaZakwan said...

kite teringin nak gi sabah lagi..
rase cam tak puas la pegi aritu
sebab pegi masa tgh mabuk2 morning sickness lagi, huhu!!

Alycia said...

to all :
tq.. hope entry alycia ni boleh jdkan panduan yer... bole cuci2 mata tgk apa yg menarik kt sana..

anon :
degalleria hotel tu xde bathtub.. just bilik air biasa ada bilik mandi & tandas ajer..

Azhafizah[フィザ] said...

teringin nak pg sabah tapi tak lepas-lepas lagi ni ha..susah betul nak ajak family dan kwn2 yang bz je..=_='
hopefully dapat pg nanti..thanks kak bg tips dan info ni..senang keje nanti kalau nak g sabah tak yah susah2 cari.hehe

Nana said...

yeahhh sabah mmg the best

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com