Nuffnang Gadget

December 29, 2011

Genting Highlands : Perjalanan Bermula...

okeh... jom kita mulakan kisah percutian di Genting Highlands... sebenarnya percutian ni percutian bersama family en Ajip... dah lama dah rancang... kami pilih tarikh Krismas pun sebab smuanya dapat cuti panjang time tu... so, sepatutnya kami bertolak 24 Disember hari Sabtu... tapi en Ajip tetiba nak buat seprise dia booking bilik hari Jumaat... saje katanya nak merehatkan minda... penat bekerja... oh, bini dia ni lagilah melonjak suka.... dah namakan bercuti... sonoknyaaaaaaaaaa hehe...

kami tolak dari rumah pukul 10.00 pagi macam tu... pagi-pagi tu baru sibuk-sibuk nak packing baju.... yelah, packing time nak pergi barulah rasa thrilll... barulah mood bercuti tu datang (sebenarnya malas) hehe.. Alycia dah booking Ria Apartmen untuk hari Sabtu... pastu, sebab hari Sabtu nanti nak stay kat  puncak, so en Ajip decide booking hotel area bawah... tapi kat bawah Hotel Seri Malaysia dah penuh... so, terus booking Gohtong Hotel kat Gohtong Jaya... pukul 11.30 kami dah terpacak kat hotel... en Ajip ambik family room (Rate : RM 190.00) dengan 2 katil queen... sangatlah selesa...

nasiblah  kat Gohtong Hotel ni sebelahnya kedai makan Melayu... sempat mengisi perut sebab tadi tak sempat breakfast... pastu tanya kat kaunter hotel tu, jauh tak nak ke cable car... orang tu cakap dekat jer, dalam 15 minit sampai... 

15 minit pun penat jugak weiii berjalan kaki... dengan sekejap-sekejap nak dukung Adam lagi...  gigih sungguh kami sefamily berjalan ke Skyway hehe...

sampai kat Skyway, tengok orang beratur panjang... en Ajip ni memang pantang nak kena beratur panjang... so, dia cakap ambik Ekspress ... tiket Ekspress RM 30/person/sehala... tiket biasa RM 5/person/sehala... bapak jauh bezakan... namapun Ekspress...

-- posing kat dalam cable car ... Adam cakap ni lif tinggi hehe --

-- inilah pemandangan masa naik cable car... gerun jer tengok ada kat atas pucuk-pucuk pokok huhu --

-- akhirnya kami sampai di stesen Genting Skyway... fuhhh lega, tadi kecut perut --

sebenarnya Alycia second time sampai ke Genting... 1st time pergi dulu pun time sekolah rendah... so, memang dah banyak beza sesangat... bila dah sampai kat Genting Skyway ni, kami pun tak tau ke mana arah nak pergi... sebab terlupa nak mintak pamplet Genting masa kat hotel tadi... akhirnya, terus ajer berjalan ikut arah Theme Park...

sampai-sampai kat luar Theme Park Hotel, rupanya baru tau kabus kat luar tebal... sejuk giler time ni... dan baru tau Outdoor Theme Park ditutup huhu... alah, tak dapat nak main...

-- ni kawasan di luar Theme Park Hotel tu ... berkabus kan... dengan Adam berbaju pendek, berseluar pendek... nasib lah bawakkan V-neck dia... yelah, ingatkan cuaca taklah sejuk sangat sebab tadi kat hotel okay jer --

akhirnya kami decide bawak Adam main kat dalam ajer... takpelah, nak buat macam mana kan huhu...

-- Adam naik train... memang mula-mula sampai tadi pun dia dah sibuk nak naik train ni --

-- pastu mama teman Adam duduk dalam cawan pusing-pusing ni --


-- pastu sibuk nak main token car --

semua permainan kat dalam First World Hotel ni pakai kad... maknanya kena tukar duit dengan kad ... ni pun tukar RM 40 untuk Adam... kejap ajer dah habis... memang kota keriangan sungguh Genting ni kan hehe... beriang ria sampai tak sedar duit habis hehehe...

dah puas main-main dengan Adam, dekat pukul 4.00 petang kami dah balik semula kat hotel naik cable car... kat sini kalau nak turun kat bawah memang tak ramai orang... kejap jer beratur dah dapat tiket dah... 

ok, habis dah program hari pertama...

sampai hotel makan-makan, mandi-mandi pastu tido... lagipun petang tu hari hujan... memang terbantut hasrat nak jalan-jalan... malamnya pulak hari masih hujan, kami keluar makan + en Ajip carik SPA nak buat urutan kaki... penat jalan petang tadi katanya... pastu balik bilik hotel tido...

ok, tunggu next entry on next year yer hehe...

8 yang komen:

Mama Gee said...

dulu sekali pergi sedar tak sedar habes rm500..
kalu dpt main outdoor lg best..

Cute Mum said...

kami selalu gak tido kat gontong tue.. senang sebab dekat dgn restoran melayu..
kalo naik cable car kami naik kereta.. parking free jer pon..

Adlin✿Kyra♥Kyreen Moms✿ said...

pernah gi 2 kali masa bujang tra tang tang..sekali gi bawa kyra tu pun ada voucer tido 1st world hotel..mmg kota keriangan fulusss abis hihihi

MaMa CyDa said...

ehh train dia dah lain ek? awal thn pegi arituh takde lak train camnih huhuhuhu

Azhafizah[フィザ] said...

Nak pergi! Nak pergi!tapi bile ntah..sonok tgk akak kat sane tu..^__^ sejukk macam dok obersi

Myra Jay said...

Teringin nak naik cable car tu, tp rasanya bukan setakat kecut perut, mau ketaq lutut semua :)

BTW ni link pemenang ari tu :)

http://normj1001.blogspot.com/2011/12/pemenang-bagi-ga-like-n-win.html

Tp xpe, myra akan pos ye :)

Sidratul Muntaha said...

colmar renyai2 je.
tpi mmg sejuk.
kebas2 dah kaki.

mekchu said...

RM40 utk ber hahahahaha keriangan? mmg bijak goh tong ni kan.. ekekekeke.. dadam, kamoo mmg kebal sejuk :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com