Nuffnang Gadget

December 15, 2011

Jalan-Jalan Melaka ~ Menara Taming Sari...

kalau dah sampai hujung tahun ni, memang mood cuti-cuti malaysia ajer kan... rasa hari-hari nak buat entry cuti-cuti... ok, sambung lagi pasal jalan-jalan kat Melaka ni... lepas naik kapal besar, terus naik lif besar pulak... aikk, kat Melaka ada lif besar ke... Adam yang cakap lif besar... sebenarnya kami pergi ke Menara Taming Sari... 

-- nilah gambaran sebenar Menara Taming Sari ni... picca ihsan google --

-- papa & Adam berlatarbelakang Menara Taming Sari --

memula tengok orang beratur panjang... sampai pintu masuk... pastu tanya kat en ajip, nak tunggu ker... pastu en ajip cakap jap dia tanya kat kaunter... rupa-rupanya ada kaunter untuk fast track... kalau untuk line biasa tiket dewasa = RM 10... tapi bila ambik fast track jadi double = RM 20... tapi dari beratur panjang dekat 1 jam, baik ambik fast track... rasanya kalau pergi hari biasa takde masalah kot... ni time orang cuti, time sekolah cuti... memang lah sesak sesangattt....

bila dapat tiket fast track, terus kami di bawa ke depan pintu menara Taming Sari ni... sekejap jer dah naik...

-- kat dalam menara Taming Sari ... time ni belum naik lagi --

-- ni bila dah sampai ke atas ... gayattt wooo... tengok semua benda jadi kecik kat bawah... adalah dalam 7 minit menara ni kat atas --

-- dapat tengok pemandangan seluruh bandar Melaka... menara ni berputar --

-- kereta pun smua kecik-kecik --

-- tu kapal besar Adam cakap... teringat time dia naik kapal besar tadi --

-- posing dulu sebelum turun --

pastu, terus pergi kat Dataran Pahlawan... tengok jam dah dekat pukul 5.00 petang... isik perut, lapar woooo... pastu jalan-jalan kat Dataran Pahlawan, kat Mahkota Parade... malam pukul 8 lebih en Ajip hantar Alycia balik hotel... sebab esok pagi dah nak pergi kursus... en Ajip dan Adam stay kat hotel lain... takpe, sesekali merasa bujang dan en Ajip pulak jadi single papa hehe.... nape tak duduk skali??? sebab Alycia duduk satu bilik dengan kawan... pastu bilik kat Hotel Renaisance tu pun dah penuh time tu...

berakhirlah episod jalan-jalan...
walaupun sekejap, tapi amat bermakna sebab dapat spend time dengan family....

-- sebelum balik, sempat jumpa kenalan kami di fesbuk... Carol nama dia... dia ni orang Sarawak, tapi study kat Melaka --

ok, tengok pulak esok Adam jalan-jalan dengan papa dia pulak...


4 yang komen:

Azhafizah[フィザ] said...

dah lame tak pg melaka..sonok kan!buat photoshoot best ni

mekchu said...

cuti lah en.ajip sehari ehh.. kalo tau mintak 1 bilik sorang kat renaissance tu kan..

Nana said...

xsempat naik menara ni masa g dulu
ramai sgt orang kena q panjang

CIK JATT said...

ooo. ada fast track ker.
baru jer g Melaka cuti sekolah hari tu. tapi tak naik pun menara ni sebab punyala panjang que

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com