Nuffnang Gadget

December 15, 2011

Jalan-Jalan Melaka ~ Muzium Samudera...

Perjalanan yang tidak dirancang sebenarnya... 
sebenarnya Alycia ada kursus 2 hari di Melaka... pagi Ahad tu tanya en Ajip, dia nak hantar ke tak... kalau tak Alycia nak tumpang kawan ajer... pastu terus en Ajip kata siap-siapkan lah barang Adam... aik, lain macam jer bunyinya... terus packing-packing barang Adam ...

sampai-sampai tol Ayer Keroh, tengok jalan jem giler... kereta berderet-deret... agaknya ramai yang berpakat bercuti ke Melaka... sebab hari Isnin kan Selangor cuti.... tu smua lah orang Selangor yang meramaikan Melaka tu hehe... dari tol Ayer Keroh ke bandar Melaka perjalanan dekat 1 1/2 jam... bayangkannn... oh, rasa nak pitam....

-- kami bertiga... Adam cakap nak hantar mama pergi opis jauh --

masa lalu bandar Melaka, Adam nampak kapal besar... Muzium Samudera tu... terus dia cakap kat papa dia Adam nak naik kapal besar boleh tak papa... alahai, sedihnya dengar... papa dia pun tak sampai hati... teruslah papa check in hotel... tapi hotel yang mama duduk tu dah penuh... papa kena check in hotel lain... takpelah, demi anak tersayang katanya...

dan lepas letak barang, mandi-mandi... terus menunaikan hajat Adam naik kapal besar...

-- posing dulu depan kapal besar --

seingat Alycia last jalan-jalan kat Melaka masa sekolah rendah dulu... dah 20 tahun lebih... masa dulu mana ada kapal besar ni... yang ada time tu bangunan merah, Muzium Melaka, kota A Famosa... masuk kapal besar ni sama gayat dengan Adam sebab mama pun tak pernah masuk hehe...

tiket masuk ke Muzium Samudera ni dewasa RM 3.00... lepas tu diberi beg plastik tempat isi kasut... memula pelik time bila nak bukak kasut ni... rupa-rupanya kalau nak masuk kat dalam kapal tu kena bukak kasut... kat luar tak payah....

-- papa & Adam kat atas dek kapal --

-- alahai Adam... nak buat peace tak lepas-lepas... tapi dia asyik nak posing kat tangga kapal tu jer --

-- gambar kami bertiga... ni pun sebab ada orang putih yang baik hati tu request nak ambikkan... sebab dia tengok mula-mula Adam dengan papa, pastu Adam dengan mama... mesti dia kata kesian takde gambar 1 family huhu --

pastu kami masuk kat dalam kapal...
masa nilah baru kena bukak kasut simpan dalam plastik...
dalam kapal tu banyak ditunjukkan tentang bahagian-bahagian kapal... gambar-gambar kapal... macam-macam lah macam muzium...

-- posing kat meriam pulak... suka taww Adam posing buat muka camtu --

-- time ni mama nak posing sorang... sekali Adam pun nak join skali... ishhh, potong jer lah Adam ni --

lepas tu, terus keluar dari kapal...
dah tak larat nak duduk dalam kapal tu lelama... panas... ramai orang....


sebelum balik, sempatlah posing ala-ala Titanic...

Selamat tinggal Melaka chewahhhh...

Adam pun sporting buat gaya sama...



ok, pasni kita naik lif besar pulak yer hehe... Adam cakap...


4 yang komen:

Sidratul Muntaha said...

lain betul tgk muka cik ajib ade rambut lebat nih...
huhuh
nmpk mcm pelakon la plak..

e.l.i.z.@ said...

hihih sib baik omputeh tu tlg snap-kan

Nana said...

DAH LAMA TAK g jalan2 melaka
aritu g kenduri xsempat jalan2

eB ezrin said...

wah titanic, u jump i jump ;p

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com