Nuffnang Gadget

February 3, 2012

Hari Kelahiran Rasulallah SAW...

(picca ihsan en google)

Alycia share emel yang dapat pagi ni...

--------------------------------------------------------------------------

Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata:

Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda:

 "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku".

                                                                Riwayat Muslim 
Huraian: 


         Merayakan maulid rasul termasuk dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW 
dan sesiapa yang meraikannya diberikan pahala oleh Allah SWT. Begitu juga menyambut hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti Maal Hijrah, Nuzul al-Quran, Hari Raya Puasa dan Haji, Nisfu Syaaban dan sebagainya.


 (Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

-------------------------------------------------------

Pagi tadi sempat terbaca tentang binatang peliharaan Rasulallah adalah kambing. Tentu ada hikmah mengapa Rasullallah SAW mengembala kambing pada satu ketika dahulu. Ini bererti kambing adalah haiwan yang pernah dijaga oleh Nabi kita. Peristiwa perjalanan Nabi Muhamammad SAW ditemani Abu Bakar dan detik cemas hamba Abu bakar, Amir bin Fuhairah mengembala kambing pada waktu siang di cerun Gua Thur yang berbahaya. Pada malam hari pula, menyaksikan Amir memerah susu kambing untuk diberi minum kepada Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar.

Kebaikan Susu Kambing :
Mengamal meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu, penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap dan disebut emotional quotine (EQ). Selain itu susu kambing dapat menguatkan belakang, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.

Notakaki : kenapa Alycia bercerita pasal susu kambing? Sebab Alycia adalah peminum susu kambing tegar... pagi-pagi mesti minum susu Higoat 1 cawan... Alhamdulilah, lebih setahun mengamalkan jarang kena demam, badan rasa lebih bertenaga, kurang letih... 

Salam Maulidur Rasul... apa yang baik itu diikut, yang kurang baik itu dihindarkan...

Notakaki lagi : hmmmm, long long holiday... apa planning korang??


5 yang komen:

Azhafizah[フィザ] said...

salam maulidur rasul


*same same kak..

kayyana said...

salam maulidur rasul kak... =)

Mr.Clive said...

mmm...selalu jugaklah minum susu kambing ni.sedap.nyum nyum! :)

Eryati said...

salam maulidur rasul kak

cikpuanhady said...

Salam maulidur rasul..me ada buat tq entri, tapi autopublish jam 10.33 pagi nanti..

http://www.ceritaindahkami.com/

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com