Nuffnang Gadget

April 3, 2012

Peringatan Kepada Ibu Bapa Ketika Bawak Anak Berjalan-jalan...

Alycia baca kat blog Mama Balqis tadi... terus kopipes kat sini... tengkiu Mama Balqis for sharing this... sangat-sangat bagus info ini khususnya untuk parents...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas

SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

Notakaki Alycia : huhuhu... takutnya bila baca... takut nak bawak anak jalan-jalan ... kena lebih berhati-hati lepas ni kan kan..

5 yang komen:

mimie.. said...

mak aiii teruknyee...
orang gila je yg buat mcmtu..haishh...tak tahu apa jadi klu pekerja c4 tu lambat bertindak..
masyaAllah....mintak dijauhkan perkara yg macamni yaAllah...!

mama irfan said...

masyaAllah.. terus rasa cam fobia ja nak bawak anak jenjalan... takut terlepas pandang..aduh... takutnya...

ieda said...

dah banyak kali dgr kisah ini
harap2 jadi peringatan dan pengajaran kita bersama .. selalu kena lebih peka huhuhu

Nana said...

pernah baca kes ni rasa mcm dah lama
satu hari tengok MHI ada inspektor polis pemes tu nama kamal arifin ke apa kan?penganilisa jenayah dia ada komen pasal kes ni
dia kata ada orang sebarkan email anak kena botakkan rambut dalam toilet cite tu tak betul dia kata sebab mustahil orang tak nampak & curiga apa yang jadi.lepas tu xde report kata kes ni kat mana2 balai polis...wallhualam

Azhafizah[フィザ] said...

kene sentiasa alert dengan pergerakan anak anak bila berada di shopping mall..ape apa pun boleh berlaku kan..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com