Nuffnang Gadget

May 3, 2012

Sabah Again ~ Our Journey Is Begin !!

phewwwww... akhirnya baru harini dapat bercerita tentang Sabah...
Actually tahun lepas Alycia dah ke Sabah dah sebab Cuti-cuti Malaysia...
tapi tahun ni kebetulan sebab bekerja...
so, e Ajip pun decide nak pergi skali bawak Adam...
Alycia punya bengkel kat sana start 13 April - 15 April 2012...
tapi kami ambik keputusan pergi awal 2 hari... so bolehlah jalan-jalan bersama en Ajip dan Adam sebelum mama kena bekerja pulak hehe... sambil menyelam minum air...

memula ni kualiti gambar kurang menarik sebab guna kompak kamera jer yer...

-- sampai di LCCT ... awal pagi Adam bangun sebab dah janji nak bawak naik flight --

flight kami pukul 10.20 pagi...
kali ni pergi sebab atas urusan kerja, so minta driver ofis jer ambik kat rumah...
so, senang sikit ... 

-- nampak pulak aksesori Cars ni kat LCCT... nak posing kat situ... tapi bila nak beli, smua pun dah habis... selamattt duit mama... kalau tak, sebelum pergi dah kena beli Adam macam-macam haha --

Alhamdulilah... kami selamat mendarat di Terminal 2, Kota Kinabalu tepat jam 12.55 tengah hari...
nasib cuaca pun ok...memang panas terik time kami sampai di KK...

Disebabkan kami akan berada selama 5 hari di KK, so memula ingat masa memula ni tak nak lah ke bandar KK dulu... nanti rasa muak pulak asyik duduk town ajer... nak carik port jauh sikit dari town... kat tepi pantai ke... so, Alycia google mana tempat-tempat penginapan yang best dan harga berpatutan.... sekali jumpa Megah D'Aru Hotel, dekat Tanjung Aru... tengok gambar kat en google macam dekat pantai... rupa-rupanya bila sampai kat hotel tu, dekat pekan kecik... jauh dari pantai... terus cancel hotel tu, carik hotel lain... nasib bukan musim cuti kan... so, bolelah walk-in ajer hotel...

lepas tu, tanya kat pemandu teksi, mana hotel yang dekat dengan pantai...
driver tu suggestkan ke Casuarina Hotel... dekat Tanjung Aru...
lagipun menurut driver taxi tu Casuarina Hotel boleh jalan kaki jer ke pantai...
lagipun tempat makan senang, kat tepi pantai banyak kedai makan...

akhirnya kami check-in di Casuarina Hotel...

lepas, check-in perut pun dah lapar...
terus jalan kaki ke Tanjung Aru... memang dekat pun... dalam 5 minit jalan kaki dah sampai ke Tanjung Aru...

-- ni suasana di Tanjung Aru... sambil makan, boleh rasa angin sepoi-sepoi bahasa dari laut... nyamannya rasa --

time ni pun dah dekat pukul 3.00 petang...
perut pun dah lapar...
perut orang Melayu... tak sah tak makan nasik...
dan menu paling best kalau kat KK adalah kepak ayam bakar...
tempat lain pun ada jugak kepak sayap ayam kan...
(thanks Nana tolong betulkan hehe)
tapi yang kat KK ni memang besttt... terbaik...

-- mintak ampun bagi sesiapa yang mengandung... takde niat nak buat korang terliur huhu --

-- muka 2 orang yang dah kelaparan --

dah makan-makan... dah kenyang perut terus balik semula ke hotel...
nak mandi... nak rehatkan badan... dan plan aktiviti seterusnya....

-- jalan kaki balik ke hotel... see, no hotel dan harga bilik dah tulis dah kat situ bagi sesiapa yang berminat --

Casuarina Hotel ni bilik oklah... kalau standard room untuk family kecik ni oklah...

-- ni keadaan dalam bilik hotel --

Lagi 1, Casuarina Hotel ni sebelah dengan Perdana Park... Perdana Park ni kita boleh tengok beautiful fountain malam-malam... view dari hotel pun nampak Perdana Park...

-- view dari bilik hotel menghadap ke Perdana Park --

-- nilah gambar beautiful fountain... gambar ni tahun lepas ... tahun ni tak sempat tengok ... nanti pasni Alycia citer kenapa tak sempat tengok hehe --

ok, pasni Alycia nak cerita kisah tsunami dan di pantai Tanjung Aru pulak...
dan kisah bertukar hotel lagi huhu... haru, sehari sampai 3 kali tukar hotel...
tunggu tawwww ;)


8 yang komen:

cantekk said...

cantik nye scene dekat2 Tg. Aru tu =D

syawalsimpsons said...

BILA NAK SAMPAI SINI...NI...

syanasaid said...

yeahh bln 7 aku plak ke sabah
tgh gugel2 mencari entry pasal sabah

mimie.. said...

bestnyeee..ntah bila la mimi nak dapat ke sabah tu...teruja taw tengok gambar2 tu ^_^

diana said...

cantik2 pemandangan kat sana ..

adianiez AIDA said...

sabah... best nyer! ni antara tempat holiday yg aida plan nak gi next year :)

Nana said...

kt sabah dia panggil sayap ayam kan bukan kepak ayam hehee

Azhafizah[フィザ] said...

so awesome place for honeymoon too!best dapat jalan jalan kak..sekali dapat jalan..tu diaaa..jalan sakan ^__^

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com