Nuffnang Gadget

May 4, 2012

Sabah : Pantai Tanjung Aru...

ok, sambung update percutian di Sabah lagi...

balik hotel, mandi... tido-tido kejap...
tapi Adam takmo tido... asyik bisik-bisik kat telinga papa dia...
"Adam nak mandi laut...".. sebab tadi dah nampak air lautkan... tu yang mata dia takmo lelap...
akhirnya dalam pukul 4.30 macam tu.... berjalan kaki lah balik kami 3 beranak ke Pantai Tanjung Aru...

"Pantai Tanjung Aru, yang terletak kira-kira 6 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan kurang dari setengah kilometer dari terminal 2 Airasia. Ia turut dihubungkan ke rangkaian kereta api Sabah melalui stesen kereta api Tanjung Aru. Pantai ini merupakan tempat perkelahan yang popular di kalangan masyarakat tempatan serta pelancong "

(Info : Wikipedia)

-- inilah suasana di tepi pantai Tanjung Aru --

sebenarnya nak mandi-mandi kat pantai ni pun tak sesuai sangat...
sebab air laut yang tak berapa bersih... tapi disebabkan Adam dah sibuk sangat nak mandi laut, terpaksa jugaklah masukkan dia kat dalam laut tu...

-- hepy sangatlah tu dapat main air kat laut --

-- hahaha... ni papa dia terpaksa melayan dia mandi laut... time ni mama takmo masuk dalam laut... sebab tak berapa feel nak mandi ... see, dah nampak sunsetkan --

masa kat sinilah baru Alycia baca fesbuk kat Blacbery yang ada kejadian gempa bumi di Acheh, Indonesia dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Kerajaan... cepat-cepat panggil Adam dan en Ajip naik... risau jugak sebenarnya... yelah, dah lah time ni dah lah jauh dari family kan...

so, masa ni pun kalau kat Sabah dah nak senja... padahal baru ajer pukul 5.00 petang...
memang kalau siapa yang datang ke Sabah, kejutan budaya yang pertama mesti sebab waktu kan hehe... pukul 6.00 petang kat sini dah gelap macam pukul 8.00 malam kat Semenanjung...

so, kami buatlah aktiviti-aktiviti tepi pantai...
main pasir... jalan-jalan...


lepas tu time ni pun hujan dah renyai-renyai...
terus lepak makan-makan kat restoran tepi pantai tu...
lepas tu terus balik ke hotel...
bila dah sampai hotel, en Ajip cakap boringlah kita duduk kat sini...
dah tak tau nak buat apa... nak pergi town jauh...
terus tukar plan B... carik hotel yang dekat town...
akhirnya malam tu jugak pukul 8.00 kami pindah ke Hotel Cititel Express, Kota Kinabalu...
dekat dengan town...

(picca ihsan google : Hotel Cititel, Kota Kinabalu)

bayangkan pengalaman sehari tukar 3 hotel hehe...

memang kat Sabah ni, bila dah pukul 8.00 malam dah sunyi sepi...
so, kalau jenis jiwa yang kaki jalan.. memang tak sesuai duduk tempat jauh dari town haha... 

sampai hotel, terus check-in, carik makan...
pastu tido...

esok dah plan baik punya...
nak ke pulau... kalau dulu masa 1st time pergi kami pergi sendiri...
tapi kali ni kami ambik travel agent... saje nak rasa pengalaman senang-lenang diuruskan orang lain...
kami nak jadi betul-betul pelancong hehe...


hari ke-2 di Pulau...
tunggu next entry ;)

5 yang komen:

Azhafizah[フィザ] said...

puas berjalan dan bercuti..penuh dgn aktiviti dan tempat best nak ditujui.tak rasa penat pun kan..dah balik rumah baru terasa.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

bestnyer dpt pergi sabah. jeles ni. hehehehe...

adam pakai baju renang nmpk seksi la. hehehehe

sHaR!Na eLyaNa said...

1st beach mmg kotor ckit..tp 2nd beach pun kotor jg hehe~ wah hot mama p sabah ka? bestnya,

Che Rosliza Che mat said...

tak der air pasang ke?hehehe seronok tengok dorang main air..

mimie.. said...

bestnyee....
jeles taw tengok ^_^

wahh si adam tu, hensemnye bila dia pakai swimming suit camtu taw ^_^

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com