Nuffnang Gadget

July 30, 2012

Guang Zhou : Aktiviti Shoping Yang Pertama ...

okay, bagi sesiapa yang ketinggalan kisah percutian Alycia ke Guang Zhou, boleh klik di SINI yer... so, lepas ajer melepasi pemeriksaan imigresen dan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guang Zhou, kami terus di bawa ke tempat shoping yang pertama...

vavavava.... baru ajer sampai dah disuruhnya shoping... ingat kan nak rehat-rehat golek-golek kat hotel ker hehe... bila pergi dengan VVIP Trip macam ni, memang takde kesempatan nak honeymoon goyang-goyang kaki... sehabis mungkin setiap hari akan diisi dengan agenda lawatan yang telah di atur...

tempat kunjungan pertama ialah di Haiyin Fabric Market iaitu sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di Guang Zhou... satu bangunan tu penuh dengan macam-macam fabrik... langsir, kain ela... semua ada...

dan sampai-sampai di sana, 2 pengalaman yang Alycia dapat ...

1. Tandas-tandas awam di sana adalah 'Chinese Style' ... maknanya takkan jumpa tandas yang ada kepala paip... so, kalau korang ke sana nak ke toilet, pastikan korang sediakan botol air kosong dalam handbeg untuk isi air ...

2. Biasanya tempat-tempat shoping kompleks takde di sediakan tempat solat untuk orang muslim... so, pandai-pandai koranglah nak solat di mana... ni pengalaman pertama Alycia bersembahyang secara terbuka di tempat awam.

-- Alhamdulilah, di mana-mana pun masih berkesempatan bersolat --

-- bangunan ni bersebelahan dengan Haiyin Fabric Market ... memang di Guang Zhou terkenal dengan bangunan pencakar langit... semua pun tinggi-tinggi --


-- keadaan di dalam Haiyin Fabric Market ... macam-macam kedai kain ada --

sebenarnya bagi korang yang memang minat dengan cadar, kain langsir, kain ela... memang seronok shoping kat sini... cuma Alycia lebih banyak cuci mata... sebab sebelum pergi dah target tak nak shoping kain-kain tu sebab malas nak bawak berat-berat ...

Lagi 1 Alycia nak bagitau, orang di sana memang kurang fasih berbahasa Inggeris... so, kalau korang nak berinteraksi, nak tawar harga bole guna kalkulator... kalau boleh, tawar harga separuh dari harga yang di tawarkan ... orang kat sana hanya tau sebut 'One' or 'Many-many'... maknanya korang nak beli 1 atau banyak...

-- sempat posing di luar sambil tunggu geng-geng yang lain habis shoping ... nampak tak jalan tu, nama dia 'Dashaitou 4 Malu' --

Ada yang kata Alycia punya baju tak mengikut tema haha ... eh, ikut tema lah tu... walaupun tak nampak tema hijau, tapi sebenarnya tudung tu kaler hijau turqoise ... cuma penghayaan kamera jadi akler biru ahakkk....

lepas dah penat bershoping sakan di Haiyin Fabric Market, kami di bawa makan malam di Restoran Muslim di Guang Zhou... memang best pergi dengan trip ni sebab makanan di sediakan... tak perlu nak risau nak makan di mana... cuma Alycia tak ingat nama restoran ni ...

-- di depan Restoran Muslim --

-- lauk pauk yang dihidangkan... semua pun macam makanan Malaysia... cuma biasalah Chinese Style... kalau korang yang jenis suka makan pedas, kenalah pandai-pandai tapau sambal kering ke,serunding ke, bila pergi ke tempat makan --

ok, lepas ni nak pergi ke pasar malam yang 'happening giler' di Guang Zhou ...

tunggu yer ;)

5 yang komen:

Nana said...

xkisah kat mana pon janji bersih kan bole solat mana2

syawalsimpsons said...

terbaik la...solat tu mmg best..kat mana pon boleh kan...janji solat..mmg pengalaman tu

Chekgu Azrine said...

blm sampai lg china..mesti best sopink kt sanakan?

mekchu said...

aku lah tu yg komplen ko tak ikut tema.. hahaha.. kalo aku u/setia, dah lama reject tak bleh ikut..

Adlin✿Kyra♥Kyreen Moms✿ said...

1st time nampak org solat tempat terbuka .. baru dapat baca story overseas ni hehehe

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com