Nuffnang Gadget

July 20, 2012

Guang Zhou : Journey Is Begin !!

   okay, harini Alycia boleh la start Travelog Alycia di Ghuang Zhou...

seperti yang korang sedia maklum pakej pelancongan yang Alycia dapat ni adalah FREE... 
smuanya ditanggung... tinggal bawak duit shoping-shoping ajer...

Alycia bertolak ke Guang Zhou pada 14 Julai 2012 (Sabtu)... pukul 6.30 pagi dah kena berkumpul di KLIA... sayunya nak tinggalkan Adam dengan nekma dia hukhuk... cium dia puas-puas sebelum pergi... nasib time tu dia tido lagi... kalau tak mau melalak nak ikut....

-- bag tag yang 1st time pakai ... dapat menang GA apa tak ingat --

-- posing dulu kat airport ... 1st day tema adalah hijau sebab senang nanti nak kenal group mana --

-- bersama leader Alycia yang banyak sangat bagi semangat, bagi motivasi ... tq so much Sis Shikin --

okay, haritu Mama Malikha kata lepas raya dia pulak akan ke Guang Zhou... so, Alycia cuba sedaya upaya untuk khatamkan entry ni sebelum raya sebagai panduan untuk Mama Malikha dan sesiapa yang nak berkunjung ke sana ... 

ni Alycia sediakan sedikit informasi tentang Guang Zhou :

Guang Zhou juga dikenali sebagau Canton, adalah metropolis moden. Ia adalah bandar ketiga terbesar di China dan merupakan pusat politik, ekonomi, sci teknologi, pendidikan dan budaya selatan China. Bandar ini terletak di Selatan Tengah Guangdong Province dan Utara Delta Singai Pearl. Ia terletak berhampiran dengan Laut China Selatan, Hong Kong dan Macau.

Cuaca : suhu pada bulan Julai ~ antara 26 - 33 darjah Celcius
Bahasa : Cina dan Kantonis
Masa : Masa tempatan di Guang Zhou adalah sama dengan Malaysia (tiada waktu perbezaan)
Elektrik : Voltan adalah 220V. Plag yang digunakan adalah 3 pin tegak
Matawang : Renminbi (RMB) yang disebut Yuan ~ MYR 1.00 = RMB 2.00

flight dari KLIA adalah pada pukul 9.30 pagi dan dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guang Zhou pada pukul 1.30 petang... 

-- bergambar beramai-ramai selepas sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guang Zhou --

-- korang nampak tak apa Alycia nampak ... PULLMAN .. Ingatkan kat Putrajaya ajer ada Pullman, kat Guang Zhou pun ada ... rasanya tu hotel berdekatan dengan airport --

-- ni melalui jejantas di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guang Zhou untuk menaiki bas yang dah tunggu kami --

okay, lepas ni sambung lagi...
kemana destinasi seterusnya...
tungggu yer ;)

selamat menjalani ibadah puasa kepada semua...
Kurangkan GULA dalam MINUMAN, lebihkan GULA dalam SENYUMAN ;)


5 yang komen:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Bestnya g bercuti2 ke Guang Zhou..Free lak tuh!Tahniah...

mekchu said...

sakan lah nak khatamkan entry guang zhou ko kali ni..

ko lari tema wei.. patut tak bleh ikut tu.. hehehe

MaMa CyDa said...

kata pesday tema hijau. Pesal tema baju ko kaler2 plak? Sebaik tak ilang huhuhuhu

eB said...

sronoknyer leh gi jln jauh2 :)

Mama Likha said...

kita pun dh slmat pulang alycia... rasanya2 nk repeat lg tk??? best gile kat sana kan ????

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com