Nuffnang Gadget

August 2, 2012

Guang Zhou : Night Market...

  lepas makan malam di Restoran Makanan Muslim, kami di bawa ke aktiviti seterusnya ...
shoping lagi ... kali ni pergi ke Night Market yang terkenal di Guang Zhou ...

Night Market atau lebih dikenali sebagai Shangxiajiu Pedestrian Street. Ia merupakan jalan komersil terkenal di Guang Zhou. Shangxiajiu telah membangunkan model perniagaan tersendiri iaitu 'Xiguan" yang bermaksud "Kebudayaan Barat Guang Zhou".

-- inilah pemandangan sebenar Night Market tu ... penuh dengan lautan manusia --

sebenarnya Night Market di sini bukan macam pasar malam kat tempat kita... yang ada payung-payung tu ... Night Market ni adalah barisan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan, especially pakaian dengan harga yang murah... memang banyak sangat gedung-gedung pakaian yang ada kat sini.... lagipun nampak 'crowded' sangat sebab orang di sana lebih suka keluar waktu petang ke malam... sebab masa ni adalah Musim Panas di sana ... so, diaorang jarang keluar waktu siang ...

-- berlatar-belakang laluan di Night Market ... ni Faezah, my bis partner merangkap roomate sekali... 1st time berjumpa di Guang Zhou --

-- gambar macam kabur sikit ke banyak hehe... maklumlah kamera baru, tak pandai nak setting... selalu harapkan laki sendiri ajer yang settingkan hehe --

Kat sini, kalau korang suka baju branded jenama Giordano, memang Alycia rekemen sangat-sangat beli kat sini... sebab harga adalah lebih murah berbanding di Malaysia... lagipun, kalau korang minat T-Shirt I Luv Guang Zhou tu, carilah di Night Market butik Giordano... memang banyak sangat pilihan ... baju raya Adam pun beli kat sini jugak ...

-- ni antara t-shirt Giordano I Love GZ yang Alycia beli di Night Market --

-- dengan hasil borongan --

-- tertarik dengan mamat Cina ni ... tak taulah apa yang dia buat tu --

-- setelah penat bershoping --

Guang Zhou ni akan 'nampak hidup' bila waktu malam...
sebab time tu barulah nampak lampu-lampu bergemerlapan ...



Tips :
1. Kalau boleh time jalan, letak beg di depan. Sebab di sana banyak kes seluk saku.

2. Kalau nak beli air minuman, beli dari orang-orang Timur Tengah yang jual dengan basikal tu.

3. Kekacang macam badam, jeruk-jeruk macam Apricot, kiwi, boleh lah beli dari penjual Timur Tengah tu ... sebab harga kalau nak comparekan jauh lebih murah dari yang jual di Malaysia... 

Ok, habis aktiviti hari pertama... ada 3 hari lagi hehe ...
lepas ni nak check-in hotel...
Nak rehat, nak tidur  ;)


5 yang komen:

syawalsimpsons said...

BESTNYER LA

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

bestnyer!ym teringin nak pi..huhu

dyabunga said...

seronoknya..

jomsinggah
http://yayabunga.blogspot.com/2012/07/hari-ini-aku-nak-join-segmen-dari-kak.html

Alin Marlini said...

menarik sungguh...kumpul2 duit nak ke sana

Adlin✿Kyra♥Kyreen Moms✿ said...

bertuah badan dapat pi sana yea ... pengalaman jalan negara org

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com