Nuffnang Gadget

August 30, 2012

Kisah Raya Kami ...

okay, orang dah sibuk cerita pasal raya ke-3...
ni baru nak start citer pasal raya... takpe takpe bagi chan kat korang dulu...

tahun ni giliran raya pertama di rumah family Alycia di Mantin, Negeri Sembilan...
tahun lepas rumah family mertua di Kuala Pilah, Negeri Sembilan...
memang sistem giliran ni sain kontrak automatik lepas akad nikah...
memang takde bantahan...
tahun ni tahun ke-5 kami beraya sama...
tetap ikut sistem giliran yang sama... no kompromi okeh....

sebelum tu malam raya memang dah jadi acara tahunan ada acara takbir dari rumah ke rumah... kat kampung ni, banyak dah orang tak nak join... tapi kami tetap ambil bahagian... yang pergi takdbir orang lelaki lah... kaum wanita tunggu kat rumah siapkan juadah... memang terasa meriah hari raya bila ada takbir kat rumah...

-- ni kawasan rumah family Alycia di kampung... memang terang benderang dengan lampu --

-- si kenit ni taknak ikut papa pergi tadbir... nak tunggu kat rumah katanya... tu yang bersongkok tu --

pagi raya pulak, memang senang sangat kejut Adam...
cakap harini hari raya... boleh pakai 'kain'...
'Kain'??? alkisahnya raya tahun ni baru belikan Adam samping...
barulah ada saiz, sebab sebelum ni dia kecik tak jumpa saiz samping kecik...
Dia tak tau sebut samping, di bantainya cakap 'kain'...
lepas beli samping ni, dia nak pakai time nak pergi terawih...
tu yang Alycia cakap 'kain' tak bole pakai pergi surau...
nanti pakai 'kain' masa raya...

tu yang semangat bangun tido bila sebut dah bole pakai 'kain' hehe...

-- complete adam berbaju melayu tahun ni... tahun ni takde sape buat contest si kecil berbaju melayu ker... bole gak hantar penyertaan ni haha --

lepas siap-siap pagi tu, terus acara salam-salam sebelum pergi sembahyang sunat hari raya...

Alycia ada 4 adik-beradik...
raya ni cuma 2 beradik ajer kat rumah... Alycia dengan yang bongsu...
yang no. 2 beraya rumah mertua dia...
yang no. 3 lelaki keje pulak time raya...

-- nekma dengan Adam dah get ready nak salam-salam --

-- syahdunya bila acara salam-salam ni --

-- Adam pun kami dah ajar salam minta ampun bila salam ... lepas tu setiap kali orang datang rumah beraya dia kata nak salam nak ampun hehe --

lepas sembahyang raya, terus ke kubur ziarah kubur arwah ayah...
dah 8 tahun kami beraya tanpa ayah...

lepas tu beraya rumah sedara-mara...
tengah hari lepak-lepak kat rumah layang tetamu yang datang...

-- nasib dapat ambil sekeping gambar family kecik di pagi raya... cukuplah buat modal nak buat kad raya tahun depan kan... tema kami tahun ni pepel kelabu --

malam lepas semua adik-beradik dah complete baru ada sesi photoshoot 1 family...
nanti-nanti yer ;)


7 yang komen:

PinKy MoMMa said...

mama alycia muda dan cantik :)
bestla umah kg ni..sgt luas..mesti dadam suka lari lari hehehe..

slmt ari raya dear..maaf zahir batin ye

::NureeN:: said...

hehe.. betol2..
sistem giliran kita sama..
cuma ada la sikit masa 2nd thn raya dlu terpaksa 2 kali berturut2 umah PIL disbbkan sebelah PIL anak nureen cucu 1st, so asben nk mak dia merasa raya ada cucu, sbb mak nureen dh 3rd cucu.. masa tue mmg payah la nk stuju tp pujuk jgk hati ni..
*pssttt klau bleh nk claim blk la, raya berturut2 jgk kat umah mak nureen heheh adil x?

:: Mrs.Eady :: said...

suka family picca :)

SURIA AMANDA said...

me too..tp xde family pic masa raya...boleh?

QasehnyaRania said...

meriah walupun tak ramai yg ada kan..=)\
selamat hari raya

Hasrina said...

cantiknya rumah awak kat kg. selamat hari raya and happy merdeka day

mekchu said...

kasik drop gear... pecut skit update raya2 lain... (x sbr nk tggu gmbr sndiri)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com